Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ibu lima anak dapat bantuan tunai $1,900 dan sumbangan derma $15,000

Aug 06, 2022 | 06:39 PM



Kisah seorang ibu lima anak yang hanya mempunyai 60 sen dalam akaun banknya selepas kehilangan bantuan kewangan berjumlah $1,900 menyentuh hati ramai pengguna laman Stomp yang kemudian bergegas mengumpul dana untuk beliau dan keluarganya.



Cik Marina (nama dalam laman Stomp) sebelum ini berkongsi yang beliau menggunakan mesen ATM di Blok 409 di Pasar dan Pusat Makanan Ang Mo Kio pada 31 Julai lalu untuk mengeluarkan wang yang merupakan bantuan kewangan yang diterimanya daripada Pejabat Khidmat Sosial.



Laman berita The New Paper semalam (5 Ogos) melaporkan Cik Marina masih ingat yang beliau telah meletakkan wang tersebut dalam begnya tapi apabila tiba di rumah, beliau tidak menemuinya.



Wang yang hilang itu membuat beliau dan keluarganya rasa amat terkilan kerana ia sepatutnya digunakan untuk membayar bil bulanannya, makanan dan yuran sekolah anak-anak.



Cik Marina merupakan ibu dua anak perempuan, berusia 14 dan 10 tahun dan tiga lelaki berusia 13, lapan dan enam tahun.



Selepas kisahnya disiarkan pada 2 Ogos lalu, pihak Stomp menerima banyak maklum balas yang melahirkan rasa ihsan selain emel daripada para pembaca yang ingin membantu Cik Marina.



Sehingga kini, beliau telah menerima sumbangan wang tunai berjumlah $15,000 daripada 50 penderma yang turut mendermakan baucar, barangan dapur dan keperluan lain untuk beliau dan anak-anaknya.



 



"Saya hampir berputus asa dengan kehidupan saya tapi kemudian semua orang yang berhati baik ini tampil membantu.



"Mereka telah membantu lima budak untuk teruskan kehidupan dan turut mempunyai seorang ibu lagi," katanya.



Laman Stomp menerima mesej pada malam 4 Ogos daripada seseorang yang mendakwa telah menjumpai envelop CIk Marina.



Meskipun mereka enggan ditemuramah atau berkongsi butiran, mereka berkongsi dengan Stomp petikan gambar resip transaksi sejumlah $1,900 yang dialihkan ke akaun Cik Marina.



Cik Marina berkata yang beliau amat terharu dengan sokongan dan kebaikan yang dipamerkan mereka yang tidak dikenalinya.



"Saya rasa bertuah memandangkan banyak orang yang berjiwa baik.



"Mereka semua peramah dan memahami keadaan saya dan mereka berikan galakan untuk saya terus berjuang.



"Saya benar-benar ingin ucapkan terimakasih pada semua yang membantu saya meskipun dengan kata-kata semangat mereka.



"Saya rasa bertuah dan akan lebih berhati-hati pada masa akan datang.



"Menerusi pengalaman ini saya telah bertemu dengan ramai orang baik," ujarnya lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >