Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ibu maut dek cedera di kepala selepas gaduh dengan anak autistik, murung

Apr 27, 2022 | 05:30 AM



SEORANG ibu anak dua meninggal dunia setelah mengalami kecederaan kepala akibat pergaduhan dengan anak-anak lelakinya yang menghidap autisme dan kemurungan teruk.



Dalam sidang mahkamah koroner semalam mengenai kematian wanita berusia 52 tahun itu, ia didedahkan bahawa anak sulungnya, 21 tahun, mengesyaki bahawa ibunya mempunyai hubungan sulit dan kemudian terjadi pergaduhan apabila anaknya mahu melihat telefonnya.



Kededua anak lelakinya menolak ibunya semasa pergaduhan pada 16 Ogos 2019 hingga menyebabkan kepala wanita itu terhentak tembok dua kali. Mangsa kemudian meninggal akibat kecederaan kepala di Hospital Khoo Teck Puat.



Untuk melindungi semua identiti mereka, perintah telah dikeluarkan agar nama dan waris dekat tidak didedahkan di mahkamah semalam.



Penolong Superintenden (ASP) Mahathir Mohamad, pegawai penyiasat kes itu, juga merupakan satu-satunya saksi yang dipanggil ke mahkamah semasa siasatan. Beliau memberitahu mahkamah bahawa suami wanita itu, seorang pemandu bas berusia 55 tahun, telah keluar bekerja pada 4.30 pagi pada hari kejadian.



Dalam pergaduhan, setelah kepalanya terhentak dua kali, wanita itu mengambil dua langkah ke depan lalu rebah. Beliau kemudian mengalami sawan dan muntah, kata ASP Mahathir.



Wanita itu berada dalam keadaan tidak sedar ketika Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) tiba di flat itu pada 6.25 pagi.



Laporan autopsi mendapati bahawa punca kematian adalah kecederaan kepala akibat pukulan atau hentaman berterusan di atas permukaan yang keras. Laporan itu juga tidak dapat membuat kesimpulan kecederaan mana yang membawa maut.



Anak sulungnya sedang menjalani Perkhidmatan Negara semasa kejadian itu berlaku. Dia didapati mengalami kemurungan teruk yang menyebabkannya membuat keputusan buruk dan mungkin merupakan penyebab kesalahan tersebut. Dia diberi amaran bersyarat selama 24 bulan.



Anak bongsunya, yang disahkan menghidap autisme ketika berusia empat tahun kini berada di rumah, dianggap tidak layak untuk membuat pengakuan di mahkamah, dan tidak mungkin boleh berbuat demikian pada masa hadapan. Tiada tindakan undang-undang diambil terhadapnya.



Koroner Negara, Encik Adam Nakhoda, akan menyampaikan penemuannya pada 1 Julai.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >