BILA mendapat berita mengenai kehamilannya, hati Siti Nurshawallah Rashid (gambar atas) bagai melonjak kegembiraan.
Namun, di tengah-tengah kebahagiaan yang dirasakan pertengahan tahun lalu itu, beliau tidak dapat menghilangkan rasa sekelumit kekecewaan.
Ini kerana, beliau terpaksa menarik diri daripada skuad bola jaring negara yang akan bertanding dalam Piala Asia pada penghujung tahun lalu.
"Saya telah berlatih dengan gigih sebagai persiapan, tapi apakan daya, anak dalam kandungan menjadi keutamaan," ujarnya.
Namun, tahun ini, Siti Nurshawallah, 26 tahun, berjaya 'menebus' kekecewaan tersebut setelah dipilih menyarung jersi negara dalam Piala Dunia Bola Jaring di Liverpool, England.
Beliau yang baru melahirkan anak pada April lalu, akan berangkat ke England bersama-sama dengan skuad seramai 12 pemain bagi pertandingan yang akan bermula 12 Julai ini.
Ikuti kisah Nurshawallah di Antara anak, famili dengan bola jaring.