Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ibu murid TKPS: Kembara ke Gunung Kinabalu satu pengalaman berguna

Jun 08, 2015 | 06:21 PM



PERDANA Menteri Lee Hsien Loong telah mengongsi kiriman seorang ibu tentang pengalaman anaknya mengikuti ekspedisi Gunung Kinabalu oleh Sekolah Rendah Tanjong Katong (TKPS) tahun lalu.


Beliau mengongsi kiriman tersebut dalam Facebooknya sempena Hari Peringatan Negara hari ini.


Encik Lee berkata: "Anak lelakinya telah mengikuti ekspedisi Gunung Kinabalu TKPS. Beliau menceritakan tentang persiapan yang dilakukan sekolah itu untuk menyiapkan murid-murid bagi ekspedisi tersebut dan hasil positif yang diraih.


Kiriman Cik Loh Kat Teng itu telah dikongsi lebih 3,000 kali sejak beliau mengirimkannya 6 Jun lalu.


Ibu tersebut menyifatkan pengalaman anaknya itu sebagai berguna.


"Anak lelaki saya kurang sihat apabila sampai di Pendant Hut dan memutuskan untuk tidak mengikuti kegiatan Via Ferrata keesokan paginya supaya dia dapat rehat sepenuhnya dan bersiap sedia untuk mendaki ke puncak gunung lusanya.


"Mereka belajar menerima untuk kegagalan, kesemua pasukan tidak sampai ke puncak gunung kerana cuaca kurang baik dan gurunya membuat keputusan untuk menghentikan pendakian tersebut."


Enam murid, seorang guru dan seorang pemandu pendakian dari Singapura terkorban selepas terperangkap dalam kejadian tanah runtuh ekoran gempa bumi di Sabah Jumaat lalu.


Beberapa orang telah mempersoalkan sama ada langkah membawa pelajar sekolah rendah ke ekspedisi Gunung Kinabalu adalah selamat, manakala ada pula menyokong kegiatan luar itu sebagai peluang pembelajaran berguna untuk pelajar.


Menurut Kementerian Pendidikan (MOE), sebelum ini tiada pelajar Singapura cedera semasa mendaki di laluan popular Via Ferrata "Walk the Torq", yang diikuti murid-murid TKPS semasa gempa berlaku.


Cik Loh menulis: "Apakah sekolah tersebut berani untuk meneruskan program-program yang memberi manfaat kepada pelajar selepas insiden ini? Saya berharap mereka meneruskannya."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >