Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ibu pada bayi berusia 2 bulan antara 133 suspek yang ditahan berkaitan kesalahan dadah

Feb 18, 2023 | 08:20 PM



SEORANG wanita berusia 32 tahun telah ditangkap di Sembawang Drive pada 9 Februari, selepas pegawai  Biro Narkotik Pusat (CNB) menemui jumlah kecil dadah heroin, Ice dan alat menggunakan dadah dalam rumahnya.


Wanita itu antara 133 pesalah dadah disyaki yang ditangkap selepas operasi dadah dua minggu dari 6-17 Februari yang merangkumi beberapa kawasan di Hougang, Jurong dan Tampines.


Semasa wanita itu ditangkap, bayinya yang berusia dua bulan juga berada dalam rumah, kata CNB.


CNB berkata wanita itu, yang telah disiasat bagi kesalahan dadah sejak 2022, disyaki menyalahgunakan dadah semasa mengandung dan selepas bersalin.


Pegawai CNB dan inspektor balai Marlina Djumadi, yang terlibat dalam operasi itu berkata jika benar berlaku, perbuatan wanita itu menyalahguna dadah semasa mengandung mungkin membahayakan bayi itu.


Keseluruhannya, sekitar 64 gram heroin, 528 gram Ice, 94 gram kanabis, 512 gram ketamine, 5 gram bahan psikoaktif baru (NPS), 670gram pil Ecstasy, 214 pil Tapentadol dan tiga botol cecair yang disyaki mengandungi GHB atau gamma-hydroxybutyrate dirampas semasa operasi itu.


Siasatan ke atas semua suspek yang ditangkap sedang dilakukan.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >