Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ibu pendera pembantu rumah yang maut mengaku salah

Nov 22, 2022 | 05:30 AM



SEORANG wanita berusia 64 tahun, yang mendera pembantu rumah Myanmar hingga menyebabkan kematiannya, mengaku bersalah atas 47 pertuduhan menyebabkan kecederaan secara sengaja.



Prema S. Naraynasamy merupakan ibu kepada pendera pembantu rumah paling teruk di Singapura, Gaiyathiri Murugayan yang turut terlibat dalam kes tersebut.



Gaiyathiri, 41 tahun, telah dijatuhkan hukuman penjara 30 tahun pada 22 Jun 2021 di atas kesalahan itu - hukuman penjara paling lama dijatuhkan di sini dalam kes penderaan pembantu rumah.



Prema juga mengaku bersalah terhadap satu lagi tuduhan cuba menyebabkan kecederaan secara sengaja.



Namun dia menuntut untuk dibicarakan bagi satu tuduhan menghapuskan bukti kes.



Prema sebelum ini menghadapi tuduhan membunuh tetapi kemudian dilepaskan tanpa dibebaskan bagi tuduhan tersebut.



Mangsanya, Cik Piang Ngaih Don, 24 tahun, telah dibiarkan kebuluran, diseksa, dan akhirnya meninggal dunia.



Antara Oktober 2015 dengan kematiannya pada Julai 2016, Cik Piang diserang secara fizikal hampir setiap hari, diberi kurang makanan dan rehat, dan disuruh mandi serta berehat dengan pintu tandas terbuka.



Gaiyathiri mengaku bersalah pada Februari tahun lalu membiarkan mangsa kelaparan, menyeksa dan membunuhnya.



Bekas suami Gaiyathiri, Kevin Chelvam, 43 tahun, juga menghadapi pelbagai tuduhan berhubung kes tersebut.



Kesnya masih belum selesai.



Kes Prema pula ditangguhkan untuk rayuan diringankan hukuman dan kesnya akan didengar semula pada 9 Januari depan.



Bagi setiap tuduhan menyebabkan kecederaan secara sengaja, dia boleh dipenjara sehingga dua tahun dan denda sehingga $5,000.



Di bawah hukuman yang dipertingkatkan bagi kesalahan terhadap pembantu rumah, mahkamah boleh menjatuhkan hukuman 1½ kali ganda daripada jumlah hukuman.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >