Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ibu reda pemergian anak bongsu kerana Covid-19

Jul 19, 2022 | 09:15 PM



RAISYA Ufairah Mohammed Ashraff, empat tahun meninggal dunia pada hari yang sama dia disahkan menghidap Covid-19 pada Ahad (17 Julai).



Sebelum itu, anak bongsu tiga beradik itu muntah dengan banyak, disusuli mulutnya berbuih semasa hendak diberi ubat.



Dia kemudian dikejarkan ke klinik sebelum digegaskan ke hospital, namun meninggal dunia sekitar dua jam kemudian, kata ibunya Cik Mardalina Mohamed Nossi, 39 tahun dalam satu temu ramah eksklusif dengan Berita Harian (BH) pada Selasa (19 Julai).



Pada Selasa, Kementerian Kesihatan (MOH), dalam kenyataannya, menyatakan seorang budak perempuan berusia empat tahun meninggal dunia pada Ahad.



Ini merupakan kematian kedua melibatkan pesakit di bawah usia 12 tahun di sini yang disebabkan koronavirus.



Pada 27 Jun lalu, seorang budak lelaki berusia 1½ tahun yang dijangkiti Covid-19 telah meninggal dunia.



Allahyarham Zaheer Raees Ali Basharath Ali, 18 bulan meninggal dunia selepas mengalami komplikasi akibat Covid-19.



Semasa ditemui di flat keluarga itu di Tampines Street 45, Cik Mardalina, berkata anaknya itu mula menunjukkan simptom seperti demam serta tekaknya sakit sekitar Jumaat dan Sabtu lalu.



Namun, ujian pantas antigen (ART) yang dijalankan beliau menunjukkan tanda negatif.



Ini meskipun pembantu rumah mereka sedang mengasingkan diri dalam bilik selepas disahkan positif Covid-19 pada Rabu sebelum itu.



Namun pada malam Ahad lalu, anaknya muntah dengan banyak dan kemudian mulutnya berbuih semasa hendak diberi ubat oleh ibunya itu.



"Saya memandunya ke klinik berdekatan, memandangkan suami bekerja pada malam itu, namun semasa dalam kereta, Raisya mula tidak sedarkan diri sedang pembantu saya yang menemani kami dan cuba menyedarkannya.



"Semasa berdekatan klinik, seorang paramedik yang saya hubungi di telefon menggesa saya meletakkan anak saya di lantai tepi jalan raya, sambil seseorang yang saya tidak kenali cuba bantu berikan bantuan pernafasan atau CPR. Ambulans yang datang tidak lama kemudian membawanya ke hospital," katanya.



Sepanjang dalam ambulans menuju ke hospital Cik Mardalina berkata ahli paramedik memberitahunya yang mereka sedang cuba mencari nadi anaknya apabila ditanya keadaannya. 



Sekitar dua jam selepas digegaskan ke Jabatan Kemalangan dan Kecemasan (A&E) di sebuah hospital, Cik Mardalina berkata yang beliau diberitahu doktor akan berita buruk itu.



"Semasa dalam ambulans terdetik dalam hati saya yang anak saya tiada lagi.



"Dan selepas doktor mengesahkan  yang Raisya sudah meninggal dunia, saya berkata kepadanya: Raisya, 'mummy' redha Raisya pergi buat selamanya. Pergilah bermain di taman permainan syurga," kata Cik Mardalina dengan air matanya mula mengalir .




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >