Subuh
5:48
Syuruk
7:05
Zuhur
1:10
Asar
4:16
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

Ibu rindui kemerduan nyanyian arwah

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

REMAJA, 17 TAHUN, MAUT DITIMPA STRUKTUR GELANGGANG BOLA KERANJANG

Ibu rindui kemerduan nyanyian arwah

Jul 29, 2021 | 05:30 AM

SATU perkara yang membuat Cik Rahimah Lee Abdullah begitu merindui anaknya ialah gelak ketawa dan suara merdunya apabila menyanyi, yang sering mengisi rumah mereka.

Kini, rumah mereka sepi dan Cik Rahimah, 62 tahun, hanya mampu menatap kibod muzik di bilik tidur anaknya, Allahyarham Mohd Ridwan.

Allahyarham Ridwan, 17 tahun, meninggal dunia selepas struktur gelanggang bola keranjang berdekatan Blok 18 Bedok South Road menimpanya pada malam Isnin lalu.

Polis berkata mereka menemui remaja yang cedera di sebelah struktur itu dan beliau dibawa ke hospital dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Allahyarham meninggal dunia di hospital akibat kecederaannya itu. Siasatan polis sedang dijalankan.

Allahyarham selamat dikebumikan kelmarin di Pusara Aman.

"Arwah memang gemarkan muzik. Beliau suka menyanyi dan belajar sendiri bermain kibod ," katanya sambil merenung ke arah bilik Allahyarham ketika ditemui Berita Harian di rumahnya di Bedok South Avenue 1 semalam.

Menurut Cik Rahimah, anaknya itu bukan sahaja mempunyai kecenderungan terhadap muzik, malah berbakat dalam sukan dan merupakan pelajar cemerlang.

Baru-baru ini, Allahyarham, yang merupakan pelajar tahun pertama kursus Avionik Aeroangkasa di Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej Central, telah meraih keputusan yang membanggakan dalam peperiksaannya dengan mendapat tiga Gred 'A' daripada empat mata pelajarannya.

Menurut Cik Rahimah, Allahyarham anaknya itu mempunyai cita-cita untuk menjadi seorang juruterbang setelah tamat pengajiannya nanti.

Justeru apabila mendapat berita bahawa beliau telah kehilangan anaknya itu, Cik Rahimah bagaikan tidak percaya ianya berlaku tetapi redha dengan ketentuan Illahi.

Sejak kejadian itu, keluarga Cik Rahimah banyak menerima ucapan takziah, sumbangan dan kata-kata dukacita, termasuk dari Timbalan Perdana Menteri dan Anggota Parlimen GRC East Coast, Encik Heng Swee Keat, yang telah mengunjungi keluarga arwah kelmarin.

Menukil laporan The New Paper, seorang rakan yang hanya ingin dikenali sebagai Ben, memberitahu akhbar itu bahawa beliau mengenali Allahyarham Ridwan sejak lima tahun lalu dan bermain bola keranjang bersama hampir setiap hari.

Pada malam kejadian, Ben, 19 tahun, berkata mereka diberitahu sekumpulan pelajar maktab rendah yang bermain di gelanggang itu bahawa struktur di gelanggang tersebut condong dan boleh mendatangkan bahaya.

Seorang lagi rakannya, Mohammad Herman Al Jufri Khalil, 19 tahun, berkata beliau berasa amat sedih kerana kehilangan seorang rakan karibnya.

"Beliau seorang yang baik, sering menghormati orang tua, suka berjenaka dengan rakan-rakan namun tetap prihatin tentang kita."

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3