Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ibu sedih tiga tahun tidak bertemu anak di Indonesia

May 09, 2022 | 05:30 AM



"PULANG. Saya rindukan kamu."



Kata-kata yang diungkapkan oleh Nur Yeni Amilia Dewi, anak kepada Cik Siti Nur Wati, seorang Pembantu Rumah Asing (FDW) di Singapura, amat ringkas tetapi cukup menyentuh hati Cik Wati dalam satu panggilan video semalam.



Cik Wati yang lebih dikenali sebagai Bawel, bertolak ke Singapura ketika anaknya itu hanya berusia dua tahun untuk menyara kehidupan keluarganya.



Kini anak itu berusia 21 tahun dan Cik Wati belum berpeluang berjumpa bersamanya selama tiga tahun secara fizikal di Semarang, Indonesia kerana sekatan sempadan akibat Covid-19.



Beliau merupakan antara ibu migran yang telah banyak berkorban demi memberi yang terbaik kepada anak-anak mereka meskipun jauh di perantauan.



Cik Wati, 41 tahun merupakan salah seorang daripada FDW yang dihadiahkan bunga teluki (carnation) sempena sambutan Hari Ibu di Hab Persatuan Pekerja Domestik Asing bagi Sokongan Sosial dan Latihan (Fast).



Tiba di Singapura dari Semarang untuk bekerja pada 2005, Cik Wati, seorang ibu tunggal, berkata beliau sebelum ini memutuskan bertugas di sini untuk menampung kos perubatan ibunya yang sakit kencing manis.



"Saya tidak mempunyai pilihan kerana bil perubatan untuk arwah ibu saya memang tinggi dan saya hanya berseorangan yang dapat bertugas dan membantunya.



"Pada masa yang sama, saya juga harus memastikan anak saya yang ketika itu dijaganya dapat teruskan pelajarannya dengan lancar.



"Ini sahaja yang satu tahu lakukan jadi saya terpaksa berkorban demi keluarga saya," katanya sambil menambah bahawa ibunya telah meninggal dunia pada 2018.



Ditemui oleh Berita Harian semalam, Cik Wati menjelaskan sebelum ini beliau sering pulang ke kampung setahun sekali pada setiap Jun.



Namun, sekatan sempadan sepanjang dua tahun lalu telah menghalangnnya untuk melakukan perjalanan tahunannya sejak 2019.



"Kadangkala, saya rasa bersalah kerana saya membesarkan anak-anak orang lain tetapi tidak dapat membesarkan anak saya sendiri.



"Rasa sedih tidak dapat membesarkan anak saya sendiri, tetapi saya tahu ini adalah untuk kebaikan masa hadapan kami bersama," katanya dengan suara yang sebak.



Dengan keadaan semakin pulih, Cik Wati, yang merupakan seorang relawan di Pusat Fast berkata beliau sudah pun membeli tiket untuk pulang hujung tahun ini selama tiga minggu.



Turut menyertai acara itu semalam adalah 40 FDW lain yang merupakan seorang ibu.



Mengulas tentang kepentingan inisiatif seperti ini, Pengarah Eksekutif Fast, Encik William Chew berkata:



"Kami memahami ramai antara mereka datang ke sini kerana sebab kewangan untuk menyara keluarga mereka di negara mereka.



"Ramai keluarga bergantung kepada mereka di sini dan kami rasa ia hanya wajar yang kami juga mengiktirafkan mereka sebagai seorang ibu," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >