Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ibu tabah hadapi cabaran termasuk anak sulung hidap barah otak

Jun 11, 2017 | 05:30 AM



KESAYUAN Ramadan menghimpit jiwa ibu lima anak antara tujuh dengan 25 tahun, Cik Suraini Mohamed Salleh - dengan anak sulungnya sudah dua tahun menghidap barah otak. Empat yang lain masih bersekolah.



Akur bahawa suaminya merupakan satu-satunya pencari nafkah keluarga, Cik Suraini, 42 tahun, memastikan kewangan keluarga diatur sebaiknya dengan perbelanjaan Lebaran sentiasa pada paras sederhana.



Namun semalam, beliau, yang menetap di flat dua bilik di Lorong 5 Toa Payoh Central, bersyukur menerima kunjungan istimewa daripada Anggota Parlimen GRC Bishan-Toa Payoh, Encik Saktiandi Supaat.



Encik Saktiandi mengagihkan hamper barangan keperluan harian bersama belia daripada kumpulan sukarelawan, MYouth (Muslim Youths), yang baru dibentuk dan menggerakkan projek sulung mereka - Project Ikhsan Ramadan.



Turut serta ialah Ustaz Muhd Lutfi Zulkiflee daripada Masjid Al-Istiqamah, aktivis akar umbi Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC), Kelab Masyarakat Toa Payoh South dan Jawatankuasa Penduduk (RC) Zon 5, Toa Payoh East.



Project Ikhsan Ramadan mengagihkan hamper kepada 80 keluarga di kejiranan Lorong 5, Toa Payoh Central.



Kata Cik Suraini, yang menerima bantuan kewangan dan makanan daripada Pusat Khidmat Keluarga Care Corner:



"Ada masanya, gaji suami yang bekerja sebagai pekerja pembersihan tidak mencukupi. Cabaran lebih besar apabila anak sulung kami yang sebelum ini juga pekerja pembersihan, dikesan dengan barah otak.



"Saya selalu berpesan kepada anak-anak agar sederhana dalam perbelanjaan. Berbuka pun ala kadar."



Dalam pada itu, Encik Saktiandi berharap keluarga berpendapatan rendah fokus pada keperluan pendidikan anak-anak agar persekolahan terjamin.



"Saya juga terharu ada belia prihatin menggerakkan projek kemasyarakatan dengan kerjasama pelbagai pihak seperti masjid dan MAEC di samping projek melibatkan bangsa asing," jelasnya.



Cik May Rusmawati Bohari, 22 tahun, pelajar Politeknik Republic yang mengasaskan MYouth bersama pegawai polis trafik, Encik Umar Othman, 23 tahun, pula merasakan Project Ikhsan Ramadan ini dapat memenuhi misi memupuk kesedaran belia tentang keperluan golongan memerlukan di sini.



Sekitar Ramadan:






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >