SEORANG usahawan yang juga ibu tiga anak kecil mendakwa amat gerun sejurus mendapat tahu anak lelakinya yang baru berusia 12 tahun telah membeli pisau kerambit - sejenis sabit kecil dengan mata pisau melengkung - yang diperolehinya di kedai menjual pelbagai barangan termasuk permainan kanak-kanak.
Menurut Cik Farrah Diba Tabrani, 39 tahun, anak sulungnya itu telah ke kedai Hako @ Tampines 1, di Tampines Mall yang merupakan rangkaian kedai kegemaran keluarganya dan tempat anaknya sering berkunjung.