Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ibu tunggal manfaat bantuan TAA jadikan modal niaga

Apr 26, 2019 | 05:30 AM



PENYAKIT kencing manis kronik yang dialaminya sejak 10 tahun lalu membuatkan beliau tidak dapat bekerja dan terpaksa bergantung kepada jualan kuih dan 'bento' untuk menyara hidup dan menjaga dua anaknya yang berkeperluan khas.



Cik Zanizah Aziz, ibu tunggal berusia 51 tahun, merupakan satu-satunya penjaga kepada anaknya Encik Muhd Syafiq Ghazali, 19 tahun, yang mengalami kesukaran berbual dan bergerak dan Encik Muhd Saifullah Ghazali, 21 tahun, yang tidak boleh mendengar.



Dengan kos rawatan anak-anaknya yang boleh mencapai lebih $300 sebulan ditambah pula dengan kos membeli ubat Cik Zanizah sendiri, beliau akui hasil dapatan dari jualan kuih tersebut dapat membantu meringankan sedikit bebannya.



Untuk itu, beliau amat menghargai sumbangan yang diterima dari Tabung Amal Aidilfitri (TAA) yang dijadikan modal dalam perniagaan kecil-kecilannya itu.



Cik Zanizah merupakan salah seorang penerima TAA sejak dua tahun lalu.



"Ada juga orang yang cakap dengan saya, besar sangat ke duit yang kita terima. Tapi pada saya, apa yang kita terima kita harus tahu bahagikannya supaya dapat dimanfaatkan dengan baik.



"Apabila wang yang diterima itu dapat saya rolling sebagai modal, ada juga keuntungan sedikit selepas itu," katanya semasa acara pelancaran kempen Ramadan TAA di Orange Ballroom, Tanjong Katong Complex, malam kelmarin.



Cik Zanizah biasanya akan menerima sekitar 50 pesanan untuk kuih-muih seperti kuih tat dan makmur semasa musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri.



Walaupun jumlah pesanan yang diterima tidak begitu banyak, beliau tetap bersyukur dan berharap apabila orang ramai mendengar tentang usahanya itu dari mulut ke mulut, jumlah pesanan akan bertambah.



Beliau turut bercita-cita memperluaskan lagi perniagaannya itu.



"Memang saya tak dapat buat kuih atau masak lauk yang mahal-mahal, tapi saya gembira dapat gunakan kepakaran yang ada, pada saya itu satu kejayaan," ujarnya.



Kecekalan yang dipaparkan Cik Zanizah menyentuh hati ramai dan tahun ini gambar beliau dan anaknya Encik Syafiq dipaparkan dalam poster kempen TAA.



"Tak sangka dapat masuk poster," katanya sambil tertawa.



Tambahnya: "Saya sangat berharap kepada orang ramai jangan berhenti menderma seikhlas hati. Saya tahu bukan keluarga saya saja yang susah, ramai di luar sana yang lebih susah dari saya.



"Saya harap bagi penerima bantuan TAA, gunakan wang yang diberi dengan tujuan yang jelas, untuk memberikan perangsang kepada diri sendiri dan keluarga."



Kempen TAA tahun ini dengan tema "Sumbangan Bakti, Amalan Suci" akan berlangsung sehingga 9 Jun ini.



Seperti tahun-tahun lepas, tabung derma TAA akan diletakkan di pelbagai kawasan bagi memudahkan orang ramai menderma.



Talian amal bagi menderma $50 (1900-112-9050) dan $10 (1900-112-9010) juga disediakan.



Butir dan maklumat lanjut boleh didapatkan dengan melungsuri laman web www.taa.org.sg atau Facebook / Tabung Amal Adilfitri Trust Fund; atau dengan menghantar e-mel kepada info@taa.org.sg.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >