Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

ICA beri amaran kesesakan lalu lintas di pusat-pusat pemeriksaan menjelang cuti sekolah

Nov 12, 2018 | 01:25 PM



PENGUASA Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) memberi amaran tentang keadaan lalu lintas yang boleh menyebabkan kelewatan dalam perjalanan di pusat pemeriksaan Woodlands dan Tuas semasa tempoh cuti sekolah. 



Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, ICA berkata bahawa orang ramai boleh menjangkakan keadaan lalu lintas yang sesak mulai Jumaat hingga akhir tahun, terutama sekali pada hujung minggu. 



ICA menambah bahawa keselamatan diutamakan dan dengan pemeriksaan yang dijalankan, kesesakan lalu lintas tidak dapat dielak. 



“Orang ramai dinasihatkan supaya menyesuaikan rancangan ke luar negara sewajarnya,” kata ICA. 



Ia juga mengingatkan orang ramai supaya tidak membawa barang-barang terlarang seperti chewing gum, dan barang-barang yang dikawal seperti telur, produk daging dan tanaman dalam pasu harus diistiharkan kepada pegawai ICA sebelum menjalani pemeriksaan. 



Maklumat lanjut boleh didapati di laman ICA. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >