Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

ICA berjaya kesan lebih 11,180 karton rokok elak cukai dalam kontena di Stesen Pengimbasan Pasir Panjang

May 12, 2020 | 03:15 PM



PENGUASA Imigresen & Pusat Pemeriksaan (ICA) hari ini mengumumkan kejayaan para pegawainya mengesan rokok yang diseludup masuk ke negara ini.



Dalam kenyataannya, ICA berkata sekitar 6 pagi pada 2 Mei lalu, anggotanya yang bertugas di Stesen Pengimbasan Pasir Panjang telah melakukan pemeriksaan ke atas sebuah kontena sepanjang 20 kaki dan menemui lebih daripada 11,180 karton dan 200 batang rokok tanpa cukai yang disembunyikan di dalamnya.



Kecurigaan pegawai timbul ketika mereka melihat ada kelainan di imbasan gambar barangan yang dinyatakan sebagai "panel kawalan elektrik". 



Kes itu diserahkan kepada Kastam Singapura untuk siasatan lebih lanjut.



Jumlah duti dan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang dielakkan masing-masing berjumlah kira-kira $954,772 dan $77,305.23. 



Siasatan sedang dijalankan.



ICA menekankan bahawa keutamaannya adalah dalam melindungi sempadan Singapura. 



"Kaedah penyembunyian yang digunakan oleh penyeludup boleh digunakan oleh pengganas untuk menyeludup senjata dan bahan letupan untuk melakukan serangan di Singapura," kata ICA.



ICA menambah, ia akan terus melakukan pemeriksaan keselamatan ke atas penumpang, kargo dan kenderaan di pusat pemeriksaan bagi mencegah cubaan menyeludup orang yang tidak diingini, dadah, senjata, bahan letupan dan pelbagai perkara lain di kesemua sempadan negara ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >