Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

ICA, HSA rampas vape elektronik dan aksesori bernilai lebih $60,000

Feb 06, 2020 | 11:34 AM



SEJUMLAH 4,000 vape elektronik dan aksesori berkaitan bernilai lebih $60,000 telah dirampas oleh Penguasa Sains Kesihatan (HSA) dan Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) dalam satu operasi bersama.



Barang-barang terlarang  itu dirampas di Pusat Pemeriksaan Woodlands pada 23 Januari dan rumah lima penjual yang disyaki, kata HSA dan ICA dalam satu kenyataan bersama pada Khamis (6 Feb).



Kesemua lima suspek, berusia antara 20 dengan 27 tahun, sedang membantu dalam siasatan.



Pegawai ICA menemui lebih 2,000 vape elektronik, kartrij vape elektronik dan cecair elektronik dalam botol yang disembunyikan dalam pelbagai ruang dalam sebuah kereta yang tiba di Pusat Pemeriksaan Woodlands pada 23 Januari.



ICA memaklumkan HSA, yang kemudian menahan lima penjual yang disyaki yang sedang menunggu penghantaran barangan terlarang itu di bahagian timur Singapura.



Lebih banyak barangan berkaitan vape elektronik ditemui di rumah mereka.



Vape elektronik, yang termasuk rokok elektronik dan cerut elektronik, adalah alat yang menggunakan bateri untuk memanaskan cecair mengandungi nikotin bagi menghasilkan wap yang kemudiannya dihisap.



Sesiapa yang didapati bersalah menjual, mengimport atau mengedarkan vape elektronik boleh didenda sehingga $10,000, dipenjara selama enam bulan, atau kedua-duanya.



Sekurang-kurangnya 20 orang telah didakwa kerana menjual vape elektronik sepanjang lima tahun lalu, dengan seorang lelaki berusia 35 tahun didenda $99,000 oleh HSA pada September 2019, denda tertinggi sejauh ini bagi kesalahan itu.



Sejak 1 Februari 2018, sesiapa yang ditangkap menggunakan, membeli atau memiliki vape elektronik juga boleh didenda sehingga $ 2,000.



Mereka yang mempunyai maklumat tentang import atau penjualan terlarang vape elektronik boleh menghubungi Cawangan Peraturan Tembakau HSA di 6684-2036 atau 6684-2037.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >