Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

ICA kesan trend seludup barang melalui bungkusan pos

Aug 20, 2015 | 01:43 PM



SATU trend baru menyeludup barang, atau kontraban, melalui bungkusan pos atau perkhidmatan kurier telah dikesan Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA).


Sebanyak 7,992 kes sedemikian dikesan dari Januari hingga Jun lalu, meningkat daripada 6,588 dalam tempoh sama tahun lalu, iaitu sebanyak 21 peratus.


Penyeludupan itu dilakukan dengan menggunakan ruang kosong barang atau dalam konsainan bungkusan udara.


Senapang angin dan dadah antara barang terkawal yang dikesan dalam bungkusan sedemikian, menurut laporan perangkaan pertengahan tahun ini ICA yang dikeluarkan hari ini.


"Kaedah penyembunyian ini boleh juga dengan mudah digunakan pengganas untuk menyeludup bahan berbahaya seperti senjata atau bahan letupan ke Singapura," ujar penguasa itu.


Bagaimanapun, jumlah kes seludup yang dikesan di pusat pemeriksaan sepanjang Januari hingga Jun lalu berkurangan kepada 46,326 daripada 47,806 sepanjang tempoh sama tahun lalu.


Sementara itu, laporan tersebut menunjukkan jumlah pesalah imigresen (IO) yang ditangkap antara Januari dan Jun lalu berkurangan 4 peratus daripada tempoh sama tahun lalu.


Seramai 133 pendatang terlarang ditangkap, berbanding 203 tahun lalu. Jumlah mereka yang ditangkap kerana tinggal di Singapura melebihi had pula berkurangan daripada 849 kepada 817.


Bagaimanapun, semakin ramai orang dan majikan ditangkap kerana memberi perlindungan atau menggajikan IO.


Antara Januari dan Jun lalu, 199 pelindung dan 48 majikan ditahan, berbanding 109 dan 40 dalam tempoh sama tahun lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >