Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

ICA: Kesesakan di pusat pemeriksaan imigresen boleh dijangkakan dalam musim cuti sekolah

Nov 16, 2017 | 12:29 PM



PENGUASA Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) mengingatkan orang ramai yang ingin ke Malaysia agar bersedia menghadapi kesesakan lalu lintas di Pusat Pemeriksaan Woodlands dan Laluan Kedua pada cuti sekolah ini.

Kesesakan dijangka bermula hari ini dan dijangka berterusan terutama pada hujung minggu.

ICA menegaskan keselamatan untuk melindungi dari sebarang ancaman di pusat pemeriksaan merupakan satu tumpuan utama, lantas kesesakan boleh dijangkakan disebabkan pemeriksaan keselamatan.

"Para pemandu dan orang ramai dinasihatkan agar menyusun jadual perjalanan mereka sebaik mungkin.

"ICA akan mengambil langkah yang perlu bagi membaiki pelepasan imigresen secepat mungkin tanpa mengambil rngan soal keselamatan. Kami meminta pemahaman dan kerjasama orang ramai yang menggunakan pusat pemeriksaan darat semasa tempoh musim sibuk,'' ujar kenyataan ICA.

Ia juga mengingatkan orang ramai untuk memeriksa pasport mereka dan memastikan ia sah digunakan untuk tempoh enam bulan atau lebih sebelum berangkat.

ICA berkata rakyat Singapura pernah memberikan pasport salah atau pastport yang dilaporkan hilang di pusat pemeriksaan imigresen.

"Kes-kes itu menyebabkan kelewatan dan menyukarkan pemegang pasport dan pengguna lain,'' kata penguasa itu.

Pemandu juga dinasihati memeriksa keadaan trafik sebelum berangkat.

Mereka boleh menelefon hotline maklumat trafik di 6863-0117, mendengar radio atau melungsuri laman One Motoring Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) atau gerbang MyTransport.SG.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >