Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

ICA: Lebih 4j guna lorong automatik pelepasan imigresen sejak Mei 2022

Apr 26, 2023 | 05:30 AM



LEBIH empat juta pengunjung asing telah melalui pelepasan imigresen menggunakan lorong automatik sejak ia diperkenal di Lapangan Terbang Changi dan pusat pemeriksaan darat sejak Mei 2022.



Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) berkata dalam kenyataannya pada Selasa bahawa kelayakan bagi Inisiatif Kelulusan Masuk Automasi (ACI) telah diperluas kepada pemegang pasport 51 bidang kuasa, naik daripada 16 negara apabila inisiatif itu dilancarkan.



Ini termasuk Australia, Canada, China, Hong Kong, Jepun, Korea Selatan, Britain dan Amerika Syarikat.



Pemegang Kad Perjalanan Perniagaan Apec, yang memudahkan perjalanan perniagaan jangka pendek di rantau Asia-Pasifik, kini boleh menggunakan lorong automatik di bawah ACI.



Ini bermakna lebih ramai pengunjung asing, termasuk mereka yang melawat Singapura buat kali pertama, boleh menggunakan lorong automatik bagi pelepasan imigresen tanpa memerlukan pendaftaran terlebih dahulu.



ICA berkata ia telah meluaskan ACI kepada 130 lorong automatik di Lapangan Terbang Changi dan 40 lorong automatik di pusat-pusat pemeriksaan darat.



Pada 2022, sebanyak 125 lorong automatik telah dipasang di pusat-pusat pemeriksaan darat Singapura.



Di bawah ACI, pengunjung asing yang layak dan tiba di Singapura akan diarah untuk menggunakan lorong automatik bagi pelepasan imigresen.



Bagi pengunjung asing yang belum berdaftar, biometrik termasuk gambar mata, wajah dan cap jari mereka akan diambil dan akan didaftar secara automatik semasa proses pelepasan ketibaan.



Maklumat tentang pendaftaran mereka termasuk dalam pas lawatan elektronik (e-Pass) akan di-emel kepada mereka selepas pelepasan imigresen.



Pelawat asing yang mendaftar kemudiannya akan dapat menggunakan mana-mana lorong automatik semasa berlepas dan pada lawatan berikutnya ke Singapura, kata ICA.



"ACI ialah komponen penting dalam Konsep Pelepasan Baru (NCC) ICA, yang bertujuan menjadikan pelepasan imigresen automatik sebagai norma di pusat pemeriksaan.



"Lorong imigresen automatik memanfaatkan teknologi pengimbasan biometrik berbilang modal untuk menyediakan pengunjung pengalaman pelepasan imigresen yang lebih selamat, cekap dan lancar," kata ICA.



Penguasa tersebut menambah bahawa jelang suku pertama 2024, ia menjangkakan 95 peratus ketibaan di Lapangan Terbang Changi akan melalui pelepasan imigresen di lorong automatik.



Jumlah pengunjung dijangka mencecah 300 juta setahun jelang 2025.



Antara manfaat lorong automatik ialah ruang fizikalnya yang kurang berbanding kaunter manual dan ia memerlukan kurang tenaga kerja berbanding kaunter manual.



Dalam pada itu, ICA berkata dengan perubahan tersebut, tugas para pegawainya juga akan dipertingkat.



Pegawai ICA akan dilatih untuk melakukan tugas pemprofilan, penilaian dan penyiasatan, dan bukan setakat tugas di kaunter imigresen, kata penguasa tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >