Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

ICA pandang serius insiden dua pegawai pukul pemandu trak

Dec 22, 2018 | 01:37 PM



DUA pegawai Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) yang dirakam memukul pemandu trak semalam digantung daripada bertugas sementara siasatan polis dijalankan. 



Video yang tersebar dalam talian menunjukkan dua lelaki yang memakai ves berwarna terang mendekati seseorang yang sedang duduk di tepi jalan. 



Pada permulaan video tersebut, salah seorang daripada lelaki yang memakai ves seolah menerkam lelaki yang sedang duduk, membuatkannya jatuh ke tepi. 



ICA berkata mereka sedar akan perkara tersebut, yang berlaku sekitar 4.40 petang. Menurut kenyataan ICA lagi, dua pegawai tersebut sedang melaksanakan tugas mengawal lalu lintas di Woodlands Crossing apabila trak kontainer, yang sedang dalam perjalanan ke Pusat Pemeriksaan Woodlands, mendekati mereka. 



Pemandu trak tersebut memandu di laluan paling kanan Woodlands Centre Road, yang mempunyai tiga laluan, pada masa itu. 



Apabila pegawai tersebut cuba mengarahkannya, beliau didakwa tidak mendengar arahan yang diberikan dan memandu melulu ke arah mereka. 



ICA berkata tindakan pemandu tersebut bukan sahaja meletakkan pegawai-pegawai tersebut dalam bahaya, tetapi juga pengguna jalan raya lain. 



Menurut kenyataan itu lagi, pegawai-pegawai tersebut kemudiannya mendekati pemandu dan mereka “terlibat dalam pergaduhan fizikal dengannya.” 



ICA berkata ia mengambil serius kejadian itu. 



Melalui satu pos di Facebook, ICA berkata: “Pegawai-pegawai kami dijangka melaksanakan tugas mereka secara profesional. ICA tidak membiarkan sikap seperti itu, walaupun pemandu tersebut mungkin tidak menghiraukan keselamatan orang lain.” 



Kededua pegawai kini membantu polis dalam siasatan. 

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >