PENGUASA Imigresen dan Pusat Pemeriksaan Singapura (ICA) mengingatkan orang ramai semalam bahawa pegawainya diberi kuasa oleh undang-undang untuk memeriksa dokumen perjalanan dan bagasi penumpang.
Peringatan itu menyusuli satu kejadian minggu lalu apabila seorang penumpang memuat naik video di akaun Facebook yang menggunakan nama 'P J Wong'.