Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

ICA pertingkat proses imigresen di sempadan

Pengunjung imbas sendiri pasport bagi kurangkan kontak fikizal; perisai kaca akan dipasang di kaunter bagi perlindungan tambahan
Dec 22, 2021 | 05:30 AM



MULAI bulan depan, kaunter imigresen manual di Pusat Pemeriksaan Woodlands akan direka semula bagi membolehkan pengunjung mengimbas sendiri pasport mereka, mengurangkan kontak fizikal bagi mereka yang memasuki negara ini melalui Skim Laluan Perjalanan Bagi Orang Sudah Divaksinasi (VTL).



Perisai kaca juga akan dipasang di kaunter ini sebagai lapisan perlindungan tambahan. Kaunter-kaunter itu masih akan dikendalikan oleh pegawai Penguasa Imigresen & Pusat Pemeriksaan (ICA), yang memeriksa dokumen seperti sijil vaksin pengembara dan ujian sebelum-berlepas.



Demikian beberapa peningkatan yang sedang dilancarkan secara berperingkat di Pusat Pemeriksaan Woodlands untuk proses imigresen yang selamat dan lancar untuk pengembara, kata ICA.



Buat masa ini, pengunjung yang menggunakan kaunter tersebut menyerahkan pasport mereka kepada pegawai ICA untuk diluluskan, kata agensi kawalan sempadan itu kepada The Straits Times.



Pegawai masih akan mengendalikan kaunter dan akan memeriksa dokumen seperti sijil vaksin pengunjung dan ujian prakeberangkatan.



Selain lorong manual yang diubah suai, pengembara VTL juga boleh menggunakan 20 lorong automatik di Pusat Pemeriksaan Woodlands apabila mereka memasuki Singapura.



Warga Singapura, penduduk tetap, pemegang pas jangka panjang dan pengembara antarabangsa yang merupakan sebahagian daripada Program Pengembara Kerap boleh menggunakan lorong automatik tersebut, dengan syarat data biometrik mereka didaftarkan dengan ICA.



Lorong automatik ini akan menjadikannya lebih cekap untuk sebilangan besar pengembara memasuki atau meninggalkan Republik.



Ia mengambil masa 30 saat untuk mengunakan lorong automatik, yang dilengkapi dengan iris dan pengimbas muka.



Proses imigresen melalui kaunter manual mengambil masa kira-kira tiga minit.



Lebih 35,000 perjalanan telah dibuat melibatkan kedua-dua Singapura dan Malaysia melalui Pusat Pemeriksaan Woodlands sejak langkah sempadan dilonggarkan.



Mulai bulan depan, ICA juga akan mengeluarkan Pas Lawatan elektronik kepada mereka yang memasuki Singapura melalui sempadan darat.



Pas itu mengandungi butiran bilangan hari penginapan maksimum dan hari terakhir penginapan yang dibenarkan di Singapura.



Langkah itu telah dilaksanakan di Lapangan Terbang Changi dan akan menggantikan cap pengesahan berdakwat dalam pasport.



Pas Lawatan elektronik itu akan dikeluarkan melalui e-mel dan dihantar ke alamat yang diisytiharkan oleh pengunjung apabila mereka menyerahkan Kad Ketibaan SG dalam talian.



Kad Ketibaan SG, yang mengandungi maklumat pengisytiharan kesihatan, mesti diserahkan dalam masa tiga hari sebelum ketibaan.



Ia menggantikan 'kad putih' yang tidak lagi diterima di pusat pemeriksaan.



Inisiatif baru ICA itu dibuat selepas VTL darat diperluaskan sejak kelmarin bagi membolehkan warga Singapura yang telah divaksin memasuki Malaysia melalui Koswe tanpa kuarantin.



Aturan sama dikenakan bagi rakyat Malaysia yang telah divaksin yang memasuki Singapura melalui Koswe.



Sebelum ini, hanya warga, penduduk tetap dan pemegang pas jangka panjang dari negara yang hendak mereka kunjungi dibenarkan melakukan perjalanan melalui VTL darat.



Dianggarkan 4,320 orang boleh melakukan perjalanan antara Malaysia dengan Singapura setiap hari selepas pengendali bas Transtar dan Causeway Link mengumumkan awal bulan ini bahawa mereka boleh meningkatkan bilangan tiket bas yang mereka jual sebanyak 50 peratus.



Sejak VTL darat bermula pada 29 November lalu, lebih 24,540 pengunjung telah memasuki Malaysia dari Singapura hingga 3 petang kelmarin.



Lagi 12,455 diluluskan untuk memasuki Singapura bagi VTL darat dalam tempoh yang sama, kata ICA.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >