Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

ICA rampas 15kg dadah disembunyi di dua lori berdaftar M'sia

Dec 24, 2020 | 05:30 AM



PENGUASA Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) telah merampas dadah seberat hampir 15 kilogram yang disembunyikan dalam dua lori berdaftar Malaysia yang tiba di pusat pemeriksaan Woodlands.



Tujuh pesalah dadah yang disyaki, terdiri daripada enam lelaki dan seorang wanita berusia antara 20 dengan 55 tahun diberkas di beberapa lokasi di Singapura dalam operasi susulan oleh Biro Narkotik Pusat (CNB).



ICA dan CNB dalam satu kenyataan bersama semalam berkata sejumlah 4,622 gram dadah heroin, 5,393 gram methamphetamine yang juga dikenali sebagai 'Ice', 5,482 gram ganja, 247 gram ketamin, 5,111 pil Ecstasy dan 5,383 pil Erimin-5 dirampas.



Dadah itu bernilai hampir $2.3 juta.



Percubaan menyeludup dadah yang pertama dikesan pada 18 Disember lalu sekitar 5.50 petang apabila sebuah lori yang membawa konsainan tauge dirujuk kepada pegawai ICA untuk pemeriksaan lanjut.



Sebanyak tujuh bungkusan dadah terkawal ditemui dan pemandu lelaki warga Malaysia berusia 38 tahun dan penumpang lelaki berusia 24 tahun diberkas dan dirujuk kepada CNB untuk siasatan.



Kes kedua dikesan pada 21 Disember sekitar 1.35 petang melibatkan lori yang membawa perabot dan alat ganti kenderaan.



Pegawai ICA yang melakukan pemeriksaan lanjut mengesan kejanggalan dalam imbasan X-ray konsainan itu yang diisytihar sebagai 'barangan peribadi'.



ICA menemui beberapa bungkusan dadah yang disembunyikan dalam perabot itu.



Pemandu lelaki warga Malaysia berusia 44 tahun dan penumpang lelaki berusia 55 tahun diberkas dan dirujuk kepada CNB untuk siasatan.



Dalam operasi susulan, pegawai CNB menyerbu sebuah unit kediaman di Bedok North Street 2 di mana ganja ditemui dan seorang lelaki warga Singapura berusia 20 tahun diberkas.



CNB kemudian memberkas seorang lelaki warga Singapura berusia 22 tahun dan seorang wanita warga Singapura berusia 22 tahun di sekitar Geylang Lorong 26.



Pelbagai jenis dadah turut dirampas daripada tempat persembunyian pasangan itu di kawasan sama.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >