Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

ICA rampas alat e-rokok, tembakau kunyah dari lori di Tuas

Mar 04, 2022 | 05:30 AM



SATU percubaan menyeludup sekitar 6,000 pod pengisi semula pengewap (vaporiser) dan 167 kilogram tembakau kunyah ke Singapura dibanteras Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) kelmarin.



ICA dalam hantaran Facebook semalam berkata pegawai di Pusat Pemeriksaan Tuas telah mengarah lori berdaftar Malaysia yang memunggah konsainan produk sabun bagi pemeriksaan lanjut.



Sewaktu pemeriksaan itu, berkotak pengisi semula pengewap dan tembakau kunyah ditemui tersembunyi di ruang rehat pemandu yang terletak di belakang tempat duduknya.



ICA berkata pemandu itu adalah warga Malaysia.



Ia juga menambah kes itu sudah dirujuk ke Penguasa Sains Kesihatan (HSA) bagi siasatan lanjut.



Pod pengisian semula itu digunakan buat 'e-vaporiser' (pengewap elektronik) yang dikenali sebagai pena 'vape' - gantian pada rokok.



Bulan lalu, ICA menghentikan percubaan serupa menyeludup hampir 22,000 pena 'vape' itu dan pod pengisi semula itu untuk memasuki Singapura dari Malaysia.



ICA menambah memelihara keselamatan sempadan Singapura kekal sebagai keutamaannya.



Memandangkan cara menyembunyikan barang juga mungkin digunakan pengganas bagi menyeludup senjata dan bahan letupan ke dalam negara ini, ICA berkata ia akan terus menjalankan pemeriksaan keselamatan bagi mengesan dan menghalang percubaan menyeludup seperti itu untuk memastikan Singapura selamat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >