Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

ICA rampas rokok elak cukai $82,000 dari kapal Indonesia

Jan 10, 2017 | 12:05 PM



BERATUS-RATUS karton rokok tidak dibayar cukai dirampas pegawai Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) dari sebuah kapal berdaftar di Indonesia, Sabtu lalu (7 Jan).

Rokok elak cukai itu ditemui dalam petak tersembunyi di kapal tersebut, yang tiba di Pusat Pelayaran Singapura, selepas pegawai ICA menjalankan pemeriksaan lanjut di atasnya pada kira-kira 2.45 pagi.

Sekitar 804 karton dan 43 paket rokok dirampas, kata ICA dalam satu kenyataan pada Selasa (10 Jan).

Duti dan cukai barangan dan perkhidmatan yang dielak masing-masing berjumlah kira-kira $75,460 dan $7,100 bagi karton dan paket rokok itu.

Semua anak kapal - tiga lelaki warga Indonesia berusia 48, 46 dan 33 tahun - dan rokok serta kapal itu diserah kepada Kastam Singapura bagi siasatan lanjut.

Menyedari sempadan Singapura barisan pertahanan pertama dalam menjaga keselamatan dan perlindungan negara ini, ICA berkata ia akan terus menjalankan pemeriksaan keselamatan ke atas penumpang dan kenderaan di pusat pemeriksaan di negara ini bagi mengelak percubaan menyeludup "orang tidak diingini, dadah, senjata, bahan letupan dan barang kontraban lain".

"Kaedah penyembunyian sama yang digunakan oleh penyeludup barang kontraban boleh digunakan oleh pengganas untuk menyeludup senjata dan bahan letupan bagi melancarkan serangan di Singapura," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >