Subuh
5:58
Syuruk
7:16
Zuhur
1:20
Asar
4:35
Maghrib
7:21
Isyak
8:31
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

ICA sedia laluan khas di Lapangan Terbang Changi untuk individu sukar bergerak, keluarga dengan kanak-kanak dan orang tua menjelang hujung tahun

May 06, 2022 | 08:05 PM



PENGUASA Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) akan menyediakan laluan khas di Lapangan Terbang Changi untuk memudahkan pelepasan imigresen bagi  individu yang sukar bergerak dan keluarga dengan kanak-kanak kecil serta orang tua menjelang hujung tahun ini.


Laluan Bantuan Khas itu akan dilanjutkan ke pusat pemeriksaan lain secara berperingkat mulai hujung tahun depan.


Demikian diumumkan Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, di Seminar Pelan Kerja ICA pada Jumaat (6 Mei).


Dalam ucapannya di seminar bertema “Banyak Peranan, Satu Misi” itu, Dr Faishal telah menyebut tentang transformasi, latihan dan kepercayaan sebagai unsur penting bagi kejayaan berterusan ICA.


Menyentuh tentang Konsep Pelepasan Baru (NCC), Dr Faishal berkata kebanyakan pengunjung akan layak bagi pelepasan kendiri automatik mulai tahun depan, dan bilangan laluan automatik di Lapangan Terbang Changi akan digandakan dalam masa tiga tahun akan datang.


Di bawah konsep baru itu juga Laluan Bantuan Khas akan diperkenalkan dan pelepasan kargo akan menjadi automatik sepenuhnya dan tanpa menggunakan kertas.


Beliau berkata ICA sedang mencuba penggunaan kecerdasaan buatan dalam analisis imej X-ray bagi mengukuhkan keupayaan pengesanan.


Ini menambah keupayaan pegawai ICA untuk mengesan barang terlarang tanpa menjejas kelancaran pelepasan.


“Di bawah NCC, pelepasan pusat pemeriksaan akan menjadi lancar, lebih selamat dan lebih terjamin,” kata Dr Faishal.


Beliau menambah NCC akan mengurangkan keperluan pegawai pusat pemeriksaan memeriksa pasport secara manual dan pegawai akan dapat melakukan kerja yang lebih rumit, seperti memprofil pengunjung dan tindak balas insiden.


Dr Faishal berkata sekitar 4,400 pegawai ICA akan selesai mengikuti latihan NCC menjelang hujung tahun ini, dan akan dilengkapi dengan kemahiran mewawancara, menyiasat dan memprofil individu.


Beliau juga berkata, memandangkan ICA adalah penjaga pangkalan data warga negara dan sumber kebenaran tunggal yang ditetapkan untuk data peribadi tersebut, sistem dan prasarana ICA mesti teguh dan berdaya tahan untuk memastikan keselamatan data.


“Keselamatan data adalah penting untuk ICA mengekalkan tahap kepercayaan awam yang tinggi. Ini mewujudkan kitaran baik: Tahap kepercayaan awam yang tinggi akan menggalakkan aliran maklumat yang lebih besar. Maklumat ini akan membolehkan kami menghasilkan dasar-dasar yang lebih baik dan menyediakan perkhidmatan yang lebih baik untuk warga Singapura. Ini mengukuhkan kepercayaan orang ramai terhadap ICA,” kata Dr Faishal.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >