Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

AF Megastar

Idayu tebus kecewa lama

Oct 23, 2017 | 11:24 AM



SHAH ALAM (Selangor): Kekecewaan peserta Akademi Fantasia (AF) Musim Ketiga, Idayu apabila tersingkir awal dalam program realiti tersebut, terubat apabila beliau menewaskan empat peserta lain dalam saingan sengit AF Megastar di Royale Theatre, Shah Alam, semalam.



Berbekalkan suara yang melantun penuh bertenaga malah memberinya julukan sebagai 'Mariah Carey Malaysia' Idayu yang nama sebenarnya, Nur Farah Idayu Yaakob, 32 tahun, merebut hadiah berupa wang tunai RM100,000 ($32,213), pakej percutian ke Turkey dan hadiah sampingan lain.



Idayu konsisten saban minggu malah merupakan satu-satunya peserta AF Megastar yang mendapat tepukan sanjungan daripada pengadil yang terkenal kerana komen kritikalnya yang pedas, Datuk Ramli MS, minggu lalu. Ketika itu, beliau diminta menyanyikan lagu Hari Raya Datuk M. Nasir, Suatu Hari Di Hari Raya.



Dengan mempertaruhkan lagu Carey, My All dan sebuah single baru ciptaan teman karibnya, Amylea Azizan, Selamanya, Idayu berjaya memikat hati pengadil yang tidak sedikit pun menyentuh tentang sebarang cacat celanya dalam persembahan itu.



"Bohonglah kalau saya katakan, saya tak rasa kecewa dahulu. Saya menanti selama 12 tahun bagi bakat saya dilihat dan diiktiraf. Saya anggap semuanya sebagai rezeki dan ketentuan Allah. Suami pun banyak mendorong saya agar sentiasa bersabar. Maka, saya akan berikan yang terbaik selepas ini," ujar Idayu yang ditemui Berita Harian selepas tamatnya pertandingan, dinihari semalam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >