SUMBANGAN Cik Trudy Loh terhadap masyarakat Melayu Singapura amat bermakna dan dihargai oleh jawatankuasa Majlis Bahasa Melayu Singapura (MBMS).
Justeru, pencapaian beliau yang dianugerahkan dengan Pingat Pentadbiran Awam (Gangsa) sewaktu Anugerah Hari Kebangsaan tahun ini bukan sesuatu yang mengejutkan bagi ramai yang telah bekerjasama dengannya.