Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MENJELANG RAYA

Idea inovatif Masjid Sultan pelihara tradisi Ramadan

Gunakan kupon bagi 'sediakan' iftar buat jemaah, penerima zakat tanpa abai keselamatan Covid-19
May 07, 2021 | 05:30 AM



WALAUPUN pandemik Covid-19 menjejas beberapa kegiatan yang boleh dianjurkan masjid sepanjang Ramadan ini, tradisi menyediakan iftar oleh Masjid Sultan tetap dikekalkan.



Ini dilakukan masjid di Kampong Glam itu secara kreatif dan tanpa mengabaikan langkah-langkah pengurusan selamat.



Malah, pendekatan baru bagi mengekalkan tradisi lama itu membawa manfaat bukan kepada jemaah sahaja, bahkan peniaga di sekitar masjid itu.



Menerangkan mengenai inisiatif itu, Ketua Kewangan dan Sumber Manusia, Lembaga Pengurusan Masjid Sultan, Cik Nazatul Shima, berkata ramai jemaah beriftar di masjid itu saban Ramadan, tetapi ia perlu menggunakan pendekatan baru sejajar dengan langkah-langkah pengurusan selamat Covid-19 yang ditetapkan.



"Kami memikirkan apakah cara lain untuk menyediakan iftar bagi jemaah kami, memandangkan kami tidak dapat menyediakan hidangan buka puasa dalam kawasan masjid Ramadan ini.



"Dari situ, kami mendapat idea memberi kupon makanan untuk iftar kepada jemaah yang menunaikan solat maghrib di sini sepanjang Ramadan."



Setiap jemaah yang membuat tempahan ruang solat maghrib diberi dua kupon bernilai $12. Kupon itu boleh digunakan pada hari sama di lebih 10 gerai makanan dan minuman (F&B) di sekitar kawasan Kampong Glam yang menyertai skim itu.



Gerai dan restoran tersebut ialah Rumah Makan Minang, Kampong Glam Cafe, Warong Nasi Pariaman, Sabar Menanti II, Restoran Al-Tasneem, Restoran Al-Safa, M.A Deen Biasa, Restoran Nur Fayidha, dan restoran Victory serta Zam-Zam.



Selain jemaah, kupon tersebut diagih kepada sekitar 230 penerima zakat masjid tersebut yang tinggal di flat sewa di kawasan North Bridge Road dan Beach Road.



Setiap isi rumah menerima 24 keping kupon bernilai $6 setiap satu yang dapat digunakan sepanjang Ramadan ini.



Menurut Cik Nazatul Shima, inisiatif itu pernah dijalankan bagi program mengumpul dana masjid.



Seorang anggota baru lembaga pengurusan masjid, Cik Shahrany Hassan, mereka semua sedih tradisi menyediakan iftar tidak dapat diteruskan sekali lagi tahun ini, jadi idea mengagihkan kupon iftar adalah satu langkah inovatif sesuai dengan keadaan sekarang.



"Bagi saya, ini merupakan satu idea hebat kerana kami dapat membuat pembaharuan pada sesuatu yang sudah tersedia dan menyesuaikannya untuk kegunaan spesifik - menyediakan juadah buka puasa untuk jemaah kami," ujar penolong setiausaha pengurusan masjid itu.



Mengenai pemberian kupon itu kepada penerima zakat, Pegawai Pembangunan Sosial Masjid Sultan, Encik Muhamad Aizuddin Jamaluddin, berkata:



"Inisiatif ini merupakan lanjutan kepada usaha kami memberi makanan buka puasa kepada penerima zakat kami.



"Menerusi daya usaha ini juga, mereka dapat memilih pelbagai pilihan makanan berbanding makanan yang kami sediakan dan agih kepada mereka pada tahun-tahun lalu."



Sedar akan cabaran yang dihadapi perniagaan di sekitar Kampong Glam sepanjang tempoh pandemik ini, Masjid Sultan juga berharap menerusi inisiatif itu ia dapat membantu gerai dan restoran makanan mengharungi masa sukar ini.



Cik Shahrany berkata semua pihak terlibat meraih manfaat daripada inisiatif itu.



"Di samping kami melaksanakan amanah yang telah diberikan kepada kami pada Ramadan, dengan menyediakan makanan untuk jemaah kami berbuka, kami juga dapat membantu rakan-rakan peniaga kami di sekitar kawasan ini.



"Insya-Allah, kami akan lihat bagaimana inisiatif ini dapat diteruskan dan dikembangkan lagi, walaupun selepas pasca Covid-19," ujar beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >