Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PELAN 50 TAHUN URA UNTUK PEMBANGUNAN SINGAPURA

Idea jadikan Landasan Pangkalan Udara Paya Lebar sebahagian bandar baru

Jun 07, 2022 | 05:30 AM



PENDUDUK bandar perumahan baru yang bakal dibina di tapak Pangkalan Udara Paya Lebar (PLAB) mungkin boleh menggunakan landasan sepanjang 3.8 kilometer sebagai trek larian jika ia diubah menjadi ruang masyarakat.



Landasan itu, yang kini digunakan oleh pesawat tentera untuk berlepas dan mendarat, boleh menjadi satu ruang tumpuan di bandar baru itu.



Ini merupakan antara idea bagi pembangunan tapak PLAB yang dibentangkan Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) semalam dalam pameran mengenai semakan pelan jangka panjang untuk pembangunan Singapura bagi 50 tahun akan datang.



Sekitar 800 hektar tanah akan tersedia untuk dibangunkan setelah PLAB dipindahkan pada tahun 2030-an.



Tapak itu dan kawasan industri di sekitarnya - yang saiznya lima kali ganda berbanding Toa Payoh - akan dibangunkan secara bertahap menjadi bandar baru yang merangkumi kemudahan perumahan dan riadah.



Kawasan itu juga akan menyediakan ruang bagi perniagaan untuk menawarkan peluang pekerjaan.



Institut Perancang Singapura (SIP) dan Institut Jurubina Singapura (SIA) telah bekerjasama dengan URA untuk membangun idea dan saranan bagi tapak tersebut.



Di pelancaran pameran itu semalam, Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee, berkata: "Beberapa konsep awal termasuk membangunkan identiti kawasan itu berdasarkan warisan pangkalan udara itu.



"Pihak lain juga telah menyarankan agar reka bentuk tempat kerja dan bandar itu disesuaikan bagi kerja dari jauh dan industri masa depan."



Arkitek itu juga telah menyarankan beberapa kawasan dalam bandar itu, dengan setiap kawasan itu mempunyai identiti tersendiri berdasarkan beberapa ciri warisan utama seperti bangunan terminal penumpang yang lama, menara kawalan, tempat menyimpan kapal terbang, landasan, bunker, dan bangunan bersejarah lain.



Dalam setiap kawasan itu, beberapa ruang fleksibel boleh disediakan secara sementara untuk acara 'pop-up', dan ini boleh disesuaikan mengikut keperluan masyarakat.



Idea oleh SIP dan SIA akan dikaji dan dipertimbangkan bagi pembangunan pelan induk tapak itu pada masa depan, kata URA.



Laluan Rentas Pulau - laluan bawah tanah sepenuhnya yang terpanjang di Singapura dan menghubungkan Kawasan Tasik Jurong, Kawasan Digital Punggol dan Changi - akan melalui bandar di PLAB itu.



Lapangan Terbang Paya Lebar, yang dibuka pada 1955, dibina untuk menggantikan Lapangan Terbang Kallang.



Ia berkhidmat sebagai lapangan terbang antarabangsa komersial Singapura selama 26 tahun sehingga 1981, apabila ia ditukar menjadi pangkalan udara tentera.



Kumpulan arkitek itu juga membayangkan estet kejiranan di tapak itu pada masa akan datang akan mempunyai gabungan bangunan tinggi, sederhana dan rendah, dengan kemudahan dan ruang awam yang bertujuan untuk menghubungkan penduduk dan memupuk ikatan sosial.




SEKILAS SEMAKAN PELAN JANGKA PANJANG URA



1) Campuran rumah awam dan privet yang lebih baik



  • Perumahan awam akan dibina di Bayshore dan sekitar stesen MRT Upper Changi

  • Model kediaman dibantu privet akan dirintis di Parry Avenue di Kovan

2) Lebih banyak kegunaan campuran di pusat bandar dan pembangunan industri



  • Konsep zon 'menegak' untuk sepadukan pelbagai kegunaan dalam satu pembangunan

  • Kawasan industri Kolam Ayer dan Yishun bakal tawar ruang kerja bersama

  • Tapak komersial tawar pajakan lebih singkat untuk bantu perniagaan sesuaikan keperluan

3) Rintis konsep riadah dan pelancongan baru di pulau selatan, dan bangunkan Sentosa dan Pulau Brani sebagai destinasi riadah dan pelancongan



4) Lima koridor identiti dengan ciri-ciri tersendiri dikenal pasti - koridor Timur Bersejarah (termasuk Geylang dan Changi), Koridor Thomson-Kallang, Koridor Kereta Api, Daerah Dalaman, serta Southern Ridges dan Pantai



5) Kawasan yang digelar 'Long Island' di sepanjang pantai tenggara Singapura dari Marina East ke Changi akan menyepadukan langkah perlindungan pantai dengan penambakan pada masa depan



6) Empat koridor ekologi di Khatib, Kranji, Lim Chu Kang dan Seletar telah dikenal pasti untuk meningkatkan kesalinghubungan ekologi




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >