Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA - JALUR BUDAYA GEYLANG SERAI

Idea reka Jalur Budaya Geylang Serai dipertanding

Jan 23, 2021 | 05:30 AM



WISMA Geylang Serai (WGS) telah melancarkan satu pertandingan semalam untuk mencari idea bagi peningkatan kepada sekitaran Jalur Budaya Geylang Serai.



Ini merupakan sebahagian rancangan untuk membangunkan satu kawasan yang inklusif dengan semangat masyarakat yang kukuh.



Arkitek setempat yang berdaftar dengan Lembaga Arkitek diundang mengemukakan usulan mereka bagi pembangunan semula tiga mercu tanda di kawasan itu - Pasar Geylang Serai, pusat beli-belah Joo Chiat Complex dan WGS.



Pertandingan Reka Bentuk Jalur Budaya Geylang Serai yang akan berlangsung hingga 19 Mac itu dianjurkan Institut Arkitek Singapura (SIA).



Menurut kenyataan WGS semalam, pemenang pertandingan itu akan dilantik membangunkan usulan reka bentuk dan menyelia pelaksanaan kerja peningkatan itu nanti, bersama agensi seperti Persatuan Rakyat (PA), Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB), Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) dan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA).



Menurut WGS, arkitek berusia 45 tahun dan ke bawah khususnya diundang menyertai pertandingan tersebut untuk menawarkan konsep baru yang mencerminkan identiti Jalur Budaya Geylang Serai, yang merangkumi kawasan antara Kelab Masyarakat Kampong Ubi dengan pusat beli-belah Tanjong Katong Complex itu.



Usulan yang dikemukakan bagi pertandingan itu bertujuan memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan pintu masuk ke jalur budaya itu di simpang Geylang Road, Changi Road, Geylang Serai Road dan Joo Chiat Road.



Khususnya, usulan reka bentuk itu harus bertumpukan kepada tiga kawasan termasuk Pasar Geylang Serai, pusat beli-belah Joo Chiat Complex dan simpang Geylang Road, Changi Road, Geylang Serai Road dan Joo Chiat Road untuk mewujudkan gerbang masuk ikonik ke Jalur Budaya Geylang Serai.



Menurut WGS, usulan yang dikemukakan itu juga perlu meningkatkan ruang awam dan pengalaman pengunjung ke mercu tanda di Geylang Serai yang tidak asing dengan orang ramai.



Tambahnya, ini boleh mengukuhkan identiti kawasan itu.



Namun lebih daripada infrastruktur yang dirancang, Menteri di Pejabat Perdana Menteri Dr Mohamad Maliki Osman yang memimpin projek Jalur Budaya Geylang Serai itu berkata mereka juga ingin warga Singapura dan pelancong melawat jalur budaya itu serta menikmati pembangunan dan program baru di kawasan Geylang Serai yang kaya dengan sejarah dan warisan.



"Kami juga melaksanakan kebanyakan program dan acara, yang disasarkan buat golongan belia dan dewasa muda, untuk berkunjung ke tempat menarik dan kedai makan di jalur budaya ini," ujar Dr Maliki yang juga Menteri Kedua (Pendidikan merangkap Ehwal Luar).




PEMBINAAN ANJUNG@WGS



ANJUNG @Wisma Geylang Serai (WGS) ialah ruang masyarakat yang bakal dibina di tapak bersebelahan WGS.



Ruang berbumbung itu boleh digunakan oleh acara sukan, perkahwinan dan pameran, serta pelbagai kegiatan masyarakat.



Berikut garis masa bagi pembinaannya.



FEBRUARI 2021 - Panggilan tender



MAC 2021 - Tender tutup



APRIL 2021 - Tender dikeluarkan



MEI 2021 - Pembinaan bermula



MENJELANG SUKU 2022 - Sasaran untuk siap




File

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >