Subuh
5:57
Syuruk
7:15
Zuhur
1:19
Asar
4:31
Maghrib
7:20
Isyak
8:29
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Identiti pemilik baru Mobile Air jadi tanda tanya

Nov 20, 2014 | 06:07 PM



KEDAI Mobile Air di Sim Lim Square yang mendapat liputan meluas kerana terlibat dalam kes penipuan, sudah ditutup sejak beberapa hari yang lalu, kata seorang peniaga di situ.


Peniaga-peniaga lain yang ditemui di pusat membeli-belah itu turut mengakui bahawa perniagaan mereka terjejas teruk ekoran kejadian tersebut.


Lebih banyak butir-butir tentang pemilik yang mengambil alih Mobile Air telah didedahkan baru-baru ini.


Semalam, akhbar Shin Min Daily melaporkan, lelaki yang sebelum ini memperkenalkan namanya sebagai 'Ricky Lee' dan telah mengambil-alih kedai Mobile Air yang sebelum ini dimiliki, Encik Jover Chew, dipercayai telah menggunakan nama samaran dan nama sebenarnya dikatakan sebagai 'Edmund Lim Hong Ching'.


Beliau juga dikenali sebagai Wilfred sebelum ini.


Kedai Mobile Air telah ditutup buat sementara dan Encik Chew juga menghilangkan diri menyusuli sorotan media tentang amalan taktik penjualan mereka yang tidak beretika.


Kedai tersebut dibuka kembali oleh Encik Lim pada 14 November dan beliau merancang untuk menamakan kedai itu sebagai HJ Mobile.


Shin Min melaporkan bahawa Encik Lim pernah dibebani dengan masalah hutang.


Ini kerana pintu rumahnya disimbah dengan cat dan rak-rak kasutnya dibakar tiga tahun yang lalu.


Malah, menurut laporan itu, beliau telah meminjam wang dengan bermacam-macam orang dan pada 2010, beliau dipercayai berhutang sebanyak $10,000.


Encik Lim pernah bekerja dengan Encik Chew sebelum ini.


Kemudian, pada tahun lalu, beliau bekerja selama empat bulan di kedai JW World yang terletak di Sim Lim Square.


Pada Ahad lalu, polis telah melakukan serbuan ke atas Mobile Air dan merampas empat kotak besar yang berisi dokumen dan barangan elektronik dari kedai itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >