Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Identiti SG, kaum sama penting bagi masyarakat Melayu

Dapatan tinjauan yang dijalankan Makmal Sosial IPS mengenai identiti dan kebanggaan nasional telah dikeluarkan pada hari Khamis, yang antara lain menunjukkan tahap integrasi yang sihat antara semua kaum. Laporan yang meninjau 2,001 rakyat dan penduduk tetap (PR) itu telah dijalankan antara September hingga November tahun lalu, dan bermatlamat untuk menilai rasa bangga dan identiti nasional di Singapura di tengah-tengah beberapa realiti global seperti Covid-19. Ikuti laporan ini.
Sep 25, 2021 | 05:30 AM



MESKIPUN rakyat Singapura secara umumnya menganggap identiti nasional lebih penting berbanding identiti kaum, masyarakat Melayu khususnya agak sama mementingkan kedua-dua identiti tersebut, menurut satu tinjauan Institusi Pengajian Dasar (IPS).



Menurut laporan tersebut, seramai 78.1 peratus daripada responden Melayu berasa bahawa Singapura 'sangat penting' bagi identiti mereka. Ini berbanding 66.8 peratus responden Cina, 84.8 peratus responden India, dan 73.3 peratus dari kaum lain.



Dari segi identiti kaum, 71.1 peratus responden Melayu menyifatkan kaum sebagai 'sangat penting' bagi identiti mereka. Ini berbanding 44.5 peratus Cina, 60.2 peratus India, dan 53.3 peratus kaum lain.



Mengulas dapatan itu, para pakar berkata bahawa tahap identiti etnik dan nasional yang kuat, menunjukkan tahap integrasi yang sihat di dalam negara.



Pengarah Bersekutu, Makmal Sosial IPS, Dr Mike Hou berkata keadaan ini bukan satu konsep yang baru.



"Ia memang penting bagi kita untuk menyedari dinamik antara kedua-dua perkara tersebut.



"Mempunyai identiti etnik dan nasional sebenarnya menunjukkan bahawa terdapat tahap integrasi yang sihat," katanya.



"Ia hanya akan menjadi satu keprihatinan sekiranya identiti etnik adalah lebih tinggi daripada identiti nasional di mana ia mungkin menunjukkan peminggiran," jelasnya dalam satu taklimat media kelmarin.



Secara keseluruhan, 96 peratus responden berkata Singapura adalah 'agak penting' atau 'sangat penting' bagi identiti mereka, sementara 87 peratus responden menunjukkan hal yang sama mengenai bangsa mereka.



Ketua Makmal Sosial IPS, Dr Mathew Mathews, berkata tinjauan itu menunjukkan bahawa identiti golongan minoriti tidak 'dirampas' meskipun sedang mereka bergaul dengan masyarakat lain.



Laporan itu juga menilai tahap kebanggaan pelbagai masyarakat terhadap negara ini.



Dalam kalangan kaum yang berbeza, masyarakat minoriti Melayu dan India lebih berbangga terhadap Singapura berbanding masyarakat Cina.



Dalam kalangan minoriti, kaum India menunjukkan rasa bangga lebih tinggi - dengan markah min 3.91 - berbanding kaum Melayu, dengan markah min 3.7. Masyarakat Cina pula dengan markah min 3.54.



Memberikan pandangannya, penasihat akademik Makmal Sosial IPS dan pakar sosiologi, Profesor Madya Tan Ern Ser, berkata sentimen kebanggaan lebih tinggi dalam minoriti ini mungkin kerana golongan ini harus berusaha lebih keras untuk memiliki identiti Singapura manakala kaum majoriti tidak perlu berbuat demikian.



"Pada akhirnya, saya tidak fikir ada konflik yang besar, walaupun kaum Cina mempunyai rasa identiti nasional lebih lemah, ia tidak semestinya sesuatu yang membimbangkan.



"Selagi kita bersatu padu sebagai rakyat Singapura dalam menghadapi dunia, itu lebih penting," ujar beliau.



Dalam pada itu, laporan itu juga mendapati kumpulan etnik yang berbeza mempunyai anggapan berbeza tentang budaya yang lebih menguasai negara.



Diminta memilih pilihan antara "Singapura tidak dikuasai satu budaya tunggal" dengan "Singapura lebih dikuasai budaya Cina", 64 peratus responden secara umumnya memilih kenyataan pertama.



Namun 55 peratus responden Melayu percaya budaya Cina lebih menguasai, berbanding hanya 32 peratus responden Cina dan 38 peratus responden Indian.



Para penulis berkata dalam laporan itu bahawa mengenal pasti keprihatinan segmen masyarakat berbeza adalah penting kerana mereka tidak semestinya memiliki aspirasi dan pengalaman hidup yang sama.



"Ini jelas dilihat apabila kami meneliti hasil tinjauan berkaitan dengan isu berbilang kaum. Sementara perangkaan penduduk keseluruhan menunjukkan kadar sokongan tinggi, apabila kami meneliti pandangan beberapa masyarakat minoriti, adalah jelas mungkin ada rasa tidak puas hati."



- Laporan tambahan ATIYYAH MOHD SAID




PANDANGAN PESERTA TINJAUAN TENTANG KESAKSAMAAN KAUM DI SINGAPURA



Peserta, yang dibahagikan mengikut kumpulan usia dan kaum, diminta memilih antara dua kenyataan yang paling dipersetujui mereka



Kenyataan 1: Pendekatan Singapura bagi hidup berbilang kaum berkesan.



Kenyataan 2: Pendekatan Singapura bagi hidup berbilang kaum menimbulkan isu yang peru ditangani.



Secara keseluruhan:



[ ] 70% memilih Kenyataan 1.

[ ] 29.9% memilih Kenyataan 2.



21-34 tahun



[ ] 64.6% memilih Kenyataan 1.

[ ] 35.4% memilih Kenyataan 2.



35-49 tahun



[ ] 74.1% memilih Kenyataan 1.

[ ] 25.9% memilih Kenyataan 2.



50-64 tahun



[ ] 70.8% memilih Kenyataan 1.

[ ] 29.2% memilih Kenyataan 2.



65 tahun dan ke atas



[ ] 71% memilih Kenyataan 1.

[ ] 29% memilih Kenyataan 2.



Cina



[ ] 74.8% memilih Kenyataan 1.

[ ] 25.2% memilih Kenyataan 2.



Melayu



[ ] 48.5% memilih Kenyataan 1.

[ ] 51.5% memilih Kenyataan 2.



India



[ ] 63% memilih Kenyataan 1.

[ ] 37% memilih Kenyataan 2.



Lain



[ ] 62.2% memilih Kenyataan 1.

[ ] 37.8% memilih Kenyataan 2.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >