MEMPERINGATI HARI PERTAHANAN MUTLAK
Identiti S'pura raih kekuatan daripada pelbagai keturunan dan budaya
Chan: Warga tidak harus kembali bersandar kepada identiti kaum masing-masing apabila berlaku krisis, tekanan
WARGA Singapura perlu berhati-hati untuk tidak kembali bersandar kepada identiti kaum sendiri apabila berhadapan dengan tekanan atau krisis, kata Menteri Perusahaan dan Perdagangan, Encik Chan Chun Sing.
"Apabila sesuatu perkara berlaku di tempat lain (dalam dunia), pelbagai masyarakat di Singapura mungkin tidak memberi reaksi sama tetapi kami berharap semua akan memberi reaksi sebagai warga Singapura pertamanya.