DUA agensi pemerintah yang fokus membantu perniagaan setempat - International Enterprise Singapore dan Spring Singapore - akan digabungkan untuk membentuk satu entiti, Enterprise Singapore, pada suku kedua tahun depan.
Langkah itu bermakna sumber dan keupayaan IE Singapore dan Spring akan disepadukan, sekali gus memudahkan usaha menangani keperluan syarikat setempat dan mengukuhkan daya saing mereka dalam sekitaran ekonomi hari ini.