Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Iftar 'shell-out' semarak semangat kampung

Jun 12, 2017 | 05:30 AM



MENJAMU selera lambakan makanan laut yang bersepahan di atas meja menjadi kegemaran keluarga guru sekolah rendah, Cik Noreeni Ismail.



Setiap kali menikmati ketam, kupang dan kepah beramai-ramai, beliau terasa seperti diselubungi suasana muhibah kampung dengan kenduri-kendara yang menyajikan hidangan nasi ambeng dalam dulang.



Inilah yang mendorong Cik Noreeni, 34 tahun, dan suaminya, Encik Zulkarnain Hashim, 45 tahun, agar menganjurkan sesi iftar ala shell-out (makanan laut) di dewan serbaguna Tampines Street 33, semalam.



Sesi iftar itu menghimpunkan sekitar 100 anggota keluarga, teman dan jiran Cik Noreeni dan Encik Zulkarnain, pegawai logistik.



Ada yang duduk di atas tikar dan ada juga yang makan di atas meja panjang.



Selain memanfaatkan waktu santai sempena cuti sekolah Jun ini, ia juga satu cara Cik Noreeni dapat mendedahkan teman dan jiran bukan Islamnya pada ukhuwah dan semangat persaudaraan yang ditekankan khususnya di bulan Ramadan.



Ketika dihubungi, Cik Noreeni, ibu tiga anak yang berusia antara lima dengan lapan tahun, berkata:



"Konsep makan secara santai makanan laut yang dipanggil shell-out kian popular.



"Apabila kita makan beramai-ramai dan berkongsi seplastik atau sebekas makanan laut yang kemudian disepahkan atas meja, terasa macam kembali ke zaman kita berkongsi nasi ambeng sedulang.



"Hubungan kekeluargaan, persahabatan dan kejiranan terjalin daripada sesi sebegini.



"Dengan adanya iftar pada malam ini, teman dan jiran bukan Islam seperti rakan sekerja suami dari Finland juga dapat merasakan kemeriahannya."



Cik Noreeni membeli bekalan makanan laut yang segar dan rencam daripada Pelabuhan Ikan Jurong dan menyimpannya di peti sejuk besar di ruahnya dan selebihnya di rumah ibunya.



"Yang menariknya, kos iftar malam ini dikongsi saudara-mara, jiran dan teman. Seorang hanya mengeluarkan $12.



"Bagi yang tak makan makanan laut, ada mi soto dan laksa. Selepas puas makan dan bersembang, kita bertarawih beramai- ramai.



"Jiran dan teman bukan Islam saya dan suami sukakan suasana kekeluargaan dan gotong-royong sebegini. Tengoklah kalau Hari Raya, kita nak buat lagi," jelasnya.



Laporan lanjut: Sekitar Ramadan:



Selesa cari rezeki Ramadan di utara



Ikan segar dimasak di gerai



Cuba nasib di Bazar Utara disebabkan kos



Lebih 100 dulang nasi ambeng laris setiap hari




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >