Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

IHH Healthcare mohon manfaat bekalan vaksin Sinovac MOH

Jun 06, 2021 | 05:30 AM



FIRMA penyedia penjagaan kesihatan swasta, IHH Healthcare Singapore akan memohon untuk memanfaatkan bekalan vaksin Sinovac Covid-19 di bawah Kementerian Kesihatan (MOH) dan menawarkannya di beberapa klinik dan hospital tempatan.



Kelmarin, MOH berkata institusi jagaan kesihatan privet boleh memohon menjadi penyedia berlesen vaksin Sinovac-CoronaVac di bawah Laluan Akses Khas dan memanfaatkan bekalan 200,000 dos yang dihantar ke Singapura awal tahun ini.



Dr Noel Yeo, ketua pegawai operasi kumpulan itu berkata bahawa IHH Healthcare Singapore bermatlamat untuk menawarkan vaksin itu di klinik-klinik Parkway Shenton dan hospital terpilih.



Kumpulan itu adalah penyedia jagaan kesihatan terbesar di negara ini dan mengendalikan hospital Mt Elizabeth, Mt Elizabeth Novena, Gleneagles dan Parkway East.



Ia juga mempunyai rangkaian lebih 40 klinik jagaan asas dan cawangan khidmat sokongan.



"Kami ghairah untuk menyediakan warga Singapura, penduduk tetap dan pemegang pas jangka panjang vaksin alternatif ini, khususnya kepada mereka yang sebelumnya didapati tidak sesuai menerima pilihan mRNA," kata Dr Yeo kepada The Straits Times (ST).



Kumpulan itu tidak memberikan butiran lebih lanjut mengenai hospital yang akan menyediakan vaksin, berapa kosnya atau bagaimana untuk mendaftar.



Kementerian Kesihatan (MOH) berkata mereka yang mempunyai sejarah anafilaksis dan reaksi alahan terhadap ubatan lain, makanan, gigitan serangga atau punca yang tidak diketahui, kini boleh mengambil vaksin mRNA yang ditawarkan di sini sebagai sebahagian daripada program vaksinasi negara.



Ini adalah vaksin Covid-19 oleh Moderna dan Pfizer-BioNTech, yang sebelum ini tidak ditawarkan kepada golongan itu.



Tetapi, mereka yang mempunyai sejarah anafilaksis atau reaksi alahan terhadap vaksin lain, serta sekitar 2,000 orang yang mengalami anafilaksis atau reaksi alahan selepas menerima dos pertama salah satu vaksin Moderna or Pfizer-BioNTech, tidak layak mengambilnya.



Sebaliknya, setelah berunding dengan karyawan jagaan kesihatan profesional, mereka boleh mengambil vaksin Sinovac.



Sekitar 20 klinik privet di merata negara yang menunjukkan kemampuan mentadbir vaksin itu dengan selamat dan cekap akan dipilih untuk memanfaatknya, tambah MOH.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >