Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

IHiS didenda $750,000, SingHealth didenda $250,000 bagi pencerobohan data

Jan 15, 2019 | 02:18 PM



SURUHANJAYA Perlindungan Data Peribadi (PDPC) telah mengenakan denda terbesarnya berjumlah $750,000 kepada Sistem Maklumat Kesihatan Bersepadu (IHiS), yang merupakan agensi IT pusat bertanggungjawab bagi sektor penjagaan kesihatan Singapura, bagi kesilapan dalam memastikan keselamatan data pesakit.



Ini telah menyebabkan pencerobohan data paling teruk di negara ini.



Serangan siber terhadap SingHealth pada Jun 2018 telah menyebabkan maklumat peribadi sekitar 1.5 juta pesakit, termasuk Perdana Menteri Lee Hsien Loong, diakses tanpa izin.



Meskipun IHiS merupakan vendor teknologi bagi sektor penjagaan kesihatan Singapura, PDPC berkata SingHealth juga harus bertanggungjawab sebagai pemilik sistem pangkalan data pesakit.



Oleh itu, SingHealth didenda $250,000.



Menerusi satu kenyataan hari ini (15 Januari), ketua pegawai eksekutif kumpulan SingHealth, Profesor Ivy Ng, turut meminta maaf kepada pesakit dan menerima denda oleh PDPC itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >