Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ikatan Lebaran S'pura-Brunei

Lawatan tahunan cerminkan keakraban dan hubungan istimewa antara dua negara yang terjalin sejak sekian lama
Jun 18, 2018 | 05:30 AM



IKATAN antara Singapura dengan Brunei terus diperteguh dengan lawatan beberapa menteri negara ke sana sempena Hari Raya Aidilfitri.



Lawatan tahunan ke Brunei sempena Hari Raya itu mencerminkan keakraban dan hubungan istimewa antara Singapura dengan Brunei yang sudah terjalin sejak sekian lama.



Berkongsi kunjungannya ke sana, Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman, berkata ini merupakan kali keenam beliau melawat Brunei bagi Hari Raya.



Dr Maliki turut menulis dalam satu pos Facebooknya yang mengatakan bahawa beliau gembira dapat kembali ke Brunei tidak lama setelah lawatan Presiden Halimah Yacob ke sana bulan lalu.



"Singapura dan Brunei berkongsi hubungan istimewa yang disokong semangat saling mempercayai yang rapat di antara pemimpin kita.



"Saya tidak sabar mahu bertemu ramai lagi rakan di Brunei sambil menikmati hidangan lazat dalam beberapa hari akan datang ini," tulis Dr Maliki.



Dr Maliki ditemani isterinya, Cik Sadiah Shahal, serta Menteri Negara (Pembangunan Negara merangkap Tenaga Manusia) Zaqy Mohamad dan isteri beliau, Cik Haryane Mustajab.



Delegasi Singapura itu dihos oleh Menteri Kedua Perdagangan merangkap Ehwal Luar Brunei, Dato Seri Paduka Awang Haji Erywan Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohd Yusof.



Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Ehwal Luar (MFA), Dr Maliki telah melawat Istana Nurul Iman kelmarin bagi menyampaikan ucapan Raya pemimpin Singapura secara peribadi kepada Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dan isterinya, Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, serta kerabat diraja yang lain.



Delegasi dari Singapura itu akan turut melawat sekitar 40 Rumah Terbuka para menteri Brunei, Timbalan Menteri dan beberapa kenamaan lain semasa di Brunei.



Selain itu, Dr Maliki merupakan tetamu terhormat di Rumah Terbuka Hari Raya yang dihos Pesuruhjaya Tinggi Singapura di Brunei pada Rabu ini.



Rumah terbuka tersebut dianjurkan bagi pemimpin dan pegawai Brunei serta masyarakat Singapura di sana.



Hari ini, Dr Maliki akan turut melawat pegawai Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) yang sedang menjalani latihan di sana.



Demi membalas budi baik mereka yang di Brunei, Dr Maliki berkata beliau telah pun menjemput mereka ke Rumah Terbukanya di Singapura pada 24 Jun.



"Interaksi kerap ini membantu memperdalam lagi hubungan kami dan saya yakin ia akan terus subur dalam tahun-tahun akan datang," ujar beliau.



Bulan lalu, Puan Halimah telah melakukan lawatan empat hari ke Brunei pada 11 hingga 14 Mei lalu di atas undangan Sultan Hassanal Bolkiah.



Lawatan beliau ke sana juga bertujuan memperkukuh hubungan yang sedia akrab antara kededua negara.



Itu merupakan kunjungan pertama beliau ke sana sejak dipilih menjadi Presiden.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >