Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ikea S’pura tarik balik cawan yang tidak penuhi piawaian

Jan 15, 2020 | 02:57 PM



IKEA menggesa semua pelanggan yang memiliki cawan Troligtvis dengan label ‘Buatan India’ untuk berhenti menggunakannya.



Menurut kenyataan Ikea yang dikeluarkan hari ini (15 Januari) hasil ujian terkini menunjukkan bahawa produk tersebut mungkin mengeluarkan tahap kimia yang lebih daripada had yang dibolehkan.



Untuk itu, Ikea menggesa semua pelanggan yang memiliki cawan tersebut untuk kembalikan produk itu di mana-mana cawangan Ikea dan wang mereka akan dipulangkan. 



“Ikea mengambil serius keselamatan produk-produknya. Semua produk Ikea akan diperiksa secara berterusan dan seharusnya menepati piawai dan undang-undang yang ditetapkan, serta keperluan Ikea sendiri.



“Ikea telah menerima hasil ujian yang menunjukkan cawan yang mudah dibawa ke mana-mana itu mungkin mengeluarkan tahap kimia Dibuthyl phthalate (DBP) yang lebih daripada had yang ditetapkan,” katanya.



Ikea telah memutuskan untuk menghentikan penggunaan phthalates dalam produk berkaitan makanan. Justeru, ia menarik balik cawan tersebut selepas sisasatan, tambah kenyataan itu lagi.



Siasatan menunjukkan bahawa cawan-cawan tersebut mungkin terjejas dan Ikea memutuskan untuk tarik balik produk itu walaupun risiko kesan negatif terhadap kesihatan pengguna rendah.



Cawan Troligtvis berwarna beige mula dijual di Singapura sejak Ogos tahun lalu dan cawan berwarna hijau, merah jambu dan biru mula dijual Oktober tahun lalu.



Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi talian +65 6786 6868. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >