Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ikea tarik balik lapik dada kanak-kanak dek risiko tercekik

Sep 30, 2019 | 06:06 PM



PERUNCIT Swedish, Ikea, menarik balik lapik dada (bib) kanak-kanak, kerana ia mempunyai risiko di mana seorang kanak-kanak mungkin tercekik jika butang tercabut apabila kanak-kanak menariknya.



Dalam kenyataannya hari ini (30 September), Ikea menggesa pelanggannya supaya memulangkan lapik dada Matvra biru atau merah dan mereka akan diberi pampasan penuh atau menukarnya untuk produk serupa. Ini boleh dilakukan tanpa resit.



Ikea berkata mereka mengambil keselamatan produk secara serius dan kesemua produknya telah diuji dan mematuhi piawaian dan undang-undang yang berkaitan.



“Walaupun begitu, kami telah menerima laporan bahawa butang Matvra boleh tercabut dan disebabkan itu, mempunyai risiko tercekik,” katanya.



Tiada insiden yang dilaporkan di Singapura sejauh ini.



“Keselamatan pelanggan menjadi keutamaan Ikea, kerana itu kami memilih menarik balik lapik dada dua pek Matvra biru atau merah, sebagai langkah berjaga-jaga,” kata pengurus kawasan perniagaan kanak-kanak Ikea, Cik Emelie Knoester.



Beliau menambah bahawa lapik dada dengan nama yang sama - Matvra bercorak buah atau sayuran, dan Matvra hijau atau kuning - selamat untuk digunakan, kerana ia diperbuat daripada bahan lain dan mempunyai desain lain. 



Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi pusat perhubungan pelanggan Ikea di 6786-6868.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >