Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SALAM AIDILFITRI: Raya Selera Milenial

Ikhlas saji juadah untuk keluarga susah di malam Raya

Jun 05, 2019 | 05:30 AM



TATKALA suara takbir berkumandang, keluarga berkumpul di rumah untuk bermaaf-maafan dan meraikan Hari Raya bersama.



Namun bagi Cik Nurul Huda Rosli dan Encik Firdaus Mohd Abdullah, malam Raya semalam diluangkan bersama keluarga kurang bernasib baik yang tidak berpeluang menyambut hari kemenangan itu dengan meriah seperti orang lain.



Tahun ini kali keempat Forum Belia Muslim (MYF) menganjurkan inisiatif Malam Raya Community Give Back. Inisiatif itu mengumpulkan lebih 30 belia untuk menghantar juadah Hari Raya, seperti lemang, ketupat dan rendang, kepada 50 keluarga fakir miskin pada malam Raya demi membawa keceriaan.



"Kami melakukan ini pada malam Raya kerana kami ingin memupuk nilai positif di kalangan belia, seperti empati dan kesyukuran. Tidak semua orang dapat rasa kenikmatan Hari Raya," kata Cik Huda, yang juga intern di MYF.



Cik Huda, 22 tahun, yang menyertai inisiatif itu buat kali pertama tahun ini, berkata bahawa keluarga beliau pada mulanya kurang senang beliau mahu meluangkan masa bagi usaha itu pada malam Raya. Namun, setelah menjelaskan bahawa beliau ikhlas mahu melakukan perkara itu, halangan dari keluarganya bertukar menjadi sokongan buat beliau, katanya.



Bagi Encik Firdaus yang sudah kali keempat menyertai inisiatif itu, beliau tidak menafikan bahawa sememangnya beliau berasa sedih tidak dapat bersama keluarga sendiri pada malam Raya apabila terlibat dalam inisiatif itu buat kali pertama dahulu.



Namun, selepas mengagihkan juadah Raya kepada keluarga miskin, kenikmatan yang beliau rasakan itu tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata.



"Kenikmatan berkhidmat kepada masyarakat, khususnya fakir miskin, tidak akan dapat dirasakan pada malam lain kecuali malam Raya itu saja," kata beliau, seorang pegawai pentadbiran di Persatuan Bertindak Ginjal Bagi Masyarakat Islam (MKAC).



Mengimbas kembali pengalaman menghantar juadah Hari Raya kepada keluarga miskin, Encik Firdaus, 27 tahun, berkata ada penerima yang menitiskan air mata kerana tersentuh ada yang sudi membantu dan menyambut Hari Raya bersama mereka.



"Bukan saja golongan ibu atau nenek saja (yang menangis), malah golongan ayah dan datuk kerana mereka amat terharu ada orang dalam masyarakat kita yang memikirkan tentang mereka.



"Mereka tak rasa keseorangan dalam keadaan susah begitu. Walaupun Hari Raya itu satu perayaan yang disambut dengan keluarga, apabila ada orang luar yang datang dan ziarah mereka, mereka rasa seperti masyarakat bersama mereka sebagai keluarga," kata beliau, yang sering melakukan kerja sukarelawan dengan MYF.



Cik Huda berkata pengalamannya menjadi intern di MYF telah membuka matanya dan membuat beliau lebih prihatin kepada golongan kurang bernasib baik.



"Sebenarnya, apa yang menjadikan Hari Raya itu meriah adalah perkara-perkara kecil. Perkara seperti makan juadah Hari Raya, saya rasa ia sesuatu yang diambil ringan oleh belia. Perkara seperti baju Raya, kita pakai setahun sekali tetapi kita tetap beli setiap tahun.



"Tapi, tidak semua yang beruntung macam kita. Saya harap lebih ramai belia seperti saya akan tampil ke depan untuk membantu supaya kita dapat lebih menghargai apa yang kita ada dan lebih menyumbang kepada masyarakat," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >