Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Iklan alat jimat elektrik Voltex palsu: EMA

Jun 23, 2021 | 05:30 AM



PENGUASA Pasaran Tenaga (EMA) berkata terdapat tuntutan palsu yang dibuat di laman web mengenai alat yang kononnya dapat menjimat penggunaan elektrik di sini.



EMA menggesa pengguna agar mempertimbangkan cara lain untuk menjimatkan bil kuasa elektrik mereka.



Iklan bagi peralatan tersebut, Voltex, dikatakan akan membantu pengguna menjimat sebanyak 90 peratus bil elektrik dan telah dikongsi dalam talian baru-baru ini, lapor The Straits Times.



Produk yang kelihatan seperti palam (plug) yang dimasukkan ke soket kuasa dijual dengan harga $74, di laman webnya yang mendakwa bahawa harga itu merupakan potongan harga sebanyak 50 peratus.



Iklan di laman web itu mengatakan bahawa "kebanyakan rakyat Singapura membayar lebih banyak untuk elektrik yang mencatat sebanyak $27.6 bilion dolar setiap tahun", memetik kajian yang tidak disebutkan namanya.



Ia juga mendakwa "Suruhanjaya Kemudahan Awam" tidak melakukan apa-apa untuk mengatasi perkara tersebut.



EMA memberitahu The Straits Times minggu lalu bahawa dakwaan itu adalah palsu.



Pihak berkuasa berkata carta harga elektrik yang ditunjukkan di laman web Voltex tidak sama dengan harga elektrik Singapura.



"Keseluruhan nilai elektrik yang dijual di Singapura adalah $10 bilion setahun, jadi tidak mungkin warga Singapura membayar lebih daripada $27.6 bilion," kata seorang jurucakap EMA.



Beliau menambah bahawa Suruhanjaya Kemudahan Awam tidak wujud di sini dan pasaran elektrik Singapura diatur oleh EMA.



Laman web pemeriksa fakta pemerintah, Factually berkata dalam satu catatan Ahad lalu bahawa terdapat beberapa halaman yang serupa di laman web Voltex yang disesuaikan untuk orang dari pelbagai negara, seperti Australia, Britain dan Amerika Syarikat.



Halaman lain itu juga mempunyai carta harga elektrik yang sama dengan yang terdapat di Singapura. Ia juga mempunyai angka $27.6 bilion yang sama.



Pemeriksaan selanjutnya mendapati bahawa satu halaman tersebut menggantikan sebutan "rakyat Singapura" dengan "rakyat Amerika" sambil mengekalkan kebanyakan teks yang sama.



Catatan Factually yang mengesan laman web palsu dan mengelirukan seperti Voltex berkata terdapat banyak laman web yang mengaku menjual peralatan penjimatan kuasa yang disebut, menjanjikan penjimatan besar dalam bil elektrik, "ternyata penipuan".



"Penipu di belakang peralatan ini diketahui mengubah nama peralatan itu dan laman web mereka apabila tuntutan mereka ditentang," kata catatan itu.



EMA mengatakan bahawa peralatan seperti itu juga tidak mungkin berfungsi seperti yang dituntut.



Pihak berkuasa menasihatkan pengguna untuk melayari laman web Energy Efficient Singapore untuk mendapatkan petua penjimatan tenaga.



Mereka juga boleh mendapatkan panduan keselamatan mengenai produk elektrik isi rumah di laman web Pejabat Keselamatan Produk Pengguna.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >