Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Iklan video Ramadan McDonald's SG sentuh hati ramai

May 27, 2018 | 05:30 AM



IKLAN yang dimuatnaikkan retoran makanan segera McDonald's Singapura sempena Ramadan menular di peringkat antarabangsa.



Ramai warga Internet memuji kandungan iklan tersebut.



Bahkan, apa yang membuat ramai tersentuh ialah rasa belas yang ditonjolkan lelaki Cina terhadap pekerja penghantaran menunggang motosikal restoran itu yang berbangsa Melayu.



Selepas penghantar motosikal McDonald's itu memberikan makanan yang dipesan dan mula beredar, lelaki Cina itu memanggilnya semula apabila terlihat jam di telefon bimbit menunjukkan sudah sampai waktu berbuka.



Dalam campuran bahasa Melayu dan Inggeris, lelaki itu berkata:



"Adik, sudah tiba masanya berbuka, bukan?"



Lelaki Cina itu menawarkan kotak 'Happy Sharing' sebelum iklan itu berakhir dengan ungkapan "Kongsi semangat Ramadan".



Iklan sepanjang 1 minit 52 saat itu dimuatnaikkan pada 14 Mei lalu menyusuri apa yang dilakukan penghantar sepanjang sehari menghantar pesanan makanan.



Pelbagai cabaran dihadapi semasa membuat penghantaran dari rumah ke rumah, termasuk membantu lelaki menolak kereta rosak.



Klip YouTube iklan itu pun ditonton lebih 360,000 kali dan diketengahkan dalam laporan media terkemuka Amerika Syarikat, Buzzfeed.



Pengguna Maheen Ajaz menulis:



"Menyaksikan video ini dari Amerika, dan wow, saya berharap ada iklan sebegini di sini!"



Jurucakap McDonald's Singapura memberitahu akhbar The Straits Times semalam bahawa iklan itu dibangunkan syarikat pengiklanan DDB.



Mengulas, pengarah kanan pemasaran dan inovasi digital McDonald's Singapura, Cik Agatha Yap, berkata:



"Kami amat terharu dan terangsang dengan respons positif yang diterima daripada video terkini kami itu.



"Kami mahu meraikan semangat kemanusiaan berbuat baik, berkongsi antara satu sama lain dan satu hati masyarakat Singapura semasa Ramadan ini dan apa cara terbaik melakukannya kalau tidak menerusi lensa pekerja penghantaran McDelivery, yang menghubungkan jenama kita dengan pelanggan, dari rumah ke rumah."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >