Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

AS ikrar dana keselamatan $409j di Indo-Pasifik

Aug 05, 2018 | 05:30 AM



SETIAUSAHA Negara Amerika Syarikat, Encik Mike Pompeo, berikrar untuk menyediakan hampir AS$300 juta ($409 juta) bagi dana pembiayaan keselamatan baru di rantau Indo-Pasifik.



Pentadbiran Presiden Amerika, Donald Trump menggunakan Indo Pasifik bagi menggambarkan rantau Asia Pasifik.



Bercakap kepada pemberita di mesyuarat Menteri Luar Asean di Singapura semalam, beliau berkata:



"Sebagai sebahagiaan daripada komitmen kami memajukan keselamatan serantau di Indo-Pasifik, Amerika Syarikat sukacita mengumumkan dana baru hampir AS$300 juta bagi mengesahkan kerjasama keselamatan di rantau ini,'' katanya.



Bantuan keselamatan itu akan antara lain mengukuhkan keselamatan kelautan, membangunkan bantuan kemanusiaan, keupayaan usaha kedamaian dan menangani ancaman antara negara.



Awal minggu ini, Amerika juga mengumumkan pelaburan sebanyak AS$113 juta dalam bidang teknologi, perbekalan dan prasarana dalam Asia.



Sementara itu, Encik Pompeo juga menggalak rakan-rakan Aseannya agar mengekalkan tekanan diplomatik dan ekonomi terhadap Korea Utara kerana kelembapan Pyongyang dalam menghapuskan senjata nuklearnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >