Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SUSULAN RAPAT HARI KEBANGSAAN

Ikrar jaga pesakit sebaik mungkin tetap jadi keutamaan

Aug 31, 2021 | 05:30 AM



TUDUNG atau tidak bertudung, jururawat akan terus melakukan yang terbaik demi pesakit di bawah jagaan mereka sejajar dengan ikrar jururawat yang mereka ambil.



Berkata demikian, klinisian jururawat dalam Unit Jagaan Intensif Neonatal di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK (KKH), Cik Nurli Fadhillah Ab. Latiff, menekankan beliau amat menghargai semakan pada dasar yang membolehkan pegawai sektor penjagaan kesihatan memakai tudung dengan seragam mereka, jika mereka mahu.



"Saya amat menghargai apa yang telah pemerintah lakukan. Ini memang sesuatu yang sudah lama kami nantikan," ujarnya.



Namun, beliau juga menegaskan ia tidak merubah apa yang menjadi matlamat dan fokus beliau dan rakan-rakan jururawatnya setiap hari.



"Sebagai jururawat, kami berikrar untuk melaksanakan tugas dengan penuh integriti dan dengan tahap profesionalisme yang tinggi demi pesakit di bawah jagaan kami. Ini adalah pegangan saya dan rakan-rakan," ujarnya.



Cik Nurli, 40-an tahun, menambah beliau ingin mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai pelaksanaan pemakaian tudung, dan berharap keadaan akan bertambah jelas dalam minggu-minggu akan datang, menjelang tarikh pelaksanaan pada 1 November.



"Saya ingin tahu juga butir-butirannya secara menyeluruh," ujarnya, yang menambah beliau akan membuat keputusan sama ada akan memakai tudung di tempat kerja setelah butir-butir tersebut diumumkan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >