Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ikrar untuk sokong usaha pertingkat kehidupan wanita menerusi daya usaha baru dilancar

Sep 19, 2021 | 02:34 PM



INDIVIDU kini boleh membuat ikrar untuk menyokong dan mempertingkat kehidupan wanita di sekeliling mereka menerusi sebuah inisiatif baru yang dilancarkan semalam.



Dipanggil #ActionForHer, gerakan itu bertujuan mempersoalkan norma-norma yang lapuk, mengubah pemikiran, dan mengilhamkan tindakan nyata dalam masyarakat supaya dapat memperkasa wanita mencapai potensi penuh dan mengejar cita-cita mereka.



Ia dilancarkan Menteri Perhubungan dan Penerangan, Cik Josephine Teo, yang juga pengerusi Sayap Wanita Parti Tindakan Rakyat (PAP), semasa Persidangan Tahunan Sayap Wanita PAP diadakan menerusi Zoom semalam.



Persidangan dalam talian itu disertai lebih 500 pemimpin, personaliti dan aktivis wanita.



Diwawancara media selepas persidangan itu, Cik Teo berkata gerakan baru itu melengkapi apa yang diharapkan akan menjadi langkah seterusnya oleh pemerintah dalam menangani isu yang dihadapi kaum Hawa.



“Kami berpendapat bahawa untuk membantu wanita maju ke tahap selanjutnya, selain apa yang boleh diusahakan pemerintah, masyarakat juga perlu menyertainya secara aktif.



“Ini bermakna, dalam kapasiti peribadi sebagai rakan kerja, kita memberi sokongan kepada rakan kerja wanita kita, contohnya, jika mereka memerlukan masa untuk menjaga anak-anak atau ahli keluarga lain yang bergantung pada penjagaan mereka.



“Ini juga bermakna, kita sebagai majikan atau pertubuhan, perlu lihat lebih mendalam pada sistem, struktur, proses, program yang kita ada untuk menyokong wanita di tempat kerja, sama ada ia membantu wanita bukan hanya direkrut ke dalam syarikat tetapi juga memberi peluang untuk mereka mara dan berkembang maju dalam syarikat,” kata beliau.



Semalam, Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata pemerintah akan mengkaji pandangan yang diterima berkenaan isu-isu yang menjejas kaum Hawa dalam siri Perbincangan tentang Pembangunan Wanita Singapura dan akan mengemukakan saranan konkrit dalam bentuk Kertas Putih pada awal tahun depan.



Malahan, Sayap Wanita PAP sebelum ini telah mengemukakan 12 saranan dalam kertas kerja mengenai pembangunan wanita pada Julai lalu.



Cik Teo berkata sayap wanita itu antara lain telah meminta agar lebih banyak bantuan kewangan dan program memberi masa berehat disediakan bagi individu yang memberi penjagaan kepada ahli keluarga.



Beliau turut menyentuh tentang perlindungan bagi wanita dalam ruang dalam talian, terutamanya dengan penggunaan media sosial yang semakin berleluasa hari ini.



Saranan lain dalam kertas kerja itu menangani isu-isu seperti jurang pendapatan antara lelaki dengan wanita, dan larangan bagi wanita membeku sel benih mereka untuk disenyawakan bagi sebab bukan perubatan di Singapura.



“Kami berharap pemerintah akan bersetuju dengan beberapa saranan yang kami telah buat dan membangunkannya,” kata Cik Teo.



Individu yang ingin membuat ikrar untuk memberikan sokongan kepada wanita dalam kehidupan mereka boleh melungsuri laman https://www.pap.org.sg/actionforher/pledge.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >