Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PELANCARAN BUKU 'SANG NILA UTAMA & TUN SERI LANANG - SINGAPORE LAST MALAY SCHOOLS'

Iktiraf pengalaman masyarakat, raikan sebagai warisan negara

Jun 20, 2021 | 05:30 AM



SEBAGAI rakyat Singapura, amat penting untuk mengiktiraf pengalaman setiap masyarakat, dan meraikannya sebagai sebahagian warisan negara, kata Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY), Encik Edwin Tong.



Bercakap semasa pelancaran buku 'Sang Nila Utama & Tun Seri Lanang - Singapore's Last Malay Schools' semalam, Encik Tong berkata bahawa warisan masyarakat negara ini bukan sekadar mengenal pasti dari mana asal-usul kita, bahkan ia merupakan sebahagian daripada identiti Singapura.



"Ada di antara kita mungkin berpendapat bahawa warisan dan identiti hanya dikaitkan dengan bangsa, agama, bahasa, tetapi jika kita menggali dengan lebih mendalam, saya pasti ramai yang akan mendapati kisah kita sendiri saling berkaitan dengan kisah rakyat Singapura lain dari pelbagai masyarakat.



"Ini hanya dapat diraih apabila kita menjadi sebahagian daripada masyarakat yang terbuka, berbilang kaum, agama, dan budaya," jelas Encik Tong yang hadir dalam acara pelancaran itu sebagai tetamu terhormat.



Buku yang diterbitkan dalam bahasa Inggeris ini diusulkan oleh mantan pengetua Sekolah Menengah Tun Seri Lanang (TSL) dan Sekolah Sang Nila Utama (SNU), Encik Wan Hussin Zoohri, dan ditulis oleh Cik Hidayah Amin.



Buku setebal 272 muka yang mengambil masa tiga tahun sejak 2017 untuk disiapkan, turut mengetengahkan temu ramah dengan bekas pelajar termasuk yang kini menetap di Brunei dan Malaysia, serta para guru.



Mengulas tentang buku tersebut, Encik Tong berkata ia merupakan kemuncak usaha dari awal untuk mendokumentasikan warisan kedua-dua sekolah tersebut.



Beliau berkata: "Usaha sedemikian penting bagi kita sebagai rakyat Singapura untuk mengesan, memahami dan merenungkan dari mana kita berasal."



Dengan itu, menurut beliau, pemerintah sentiasa menyokong usaha sebegini, yang membantu mendokumenkan dan meraikan pengalaman dan kenangan masyarakat Singapura.



Memberi contoh, Encik Tong berkata Lembaga Warisan Nasional (NHB) menyokong projek yang diterajui oleh masyarakat melalui Skim Geran Warisannya.



Sejak 2013, skim itu telah menyokong hampir 500 projek, menurut Encik Tong.



"Ini akan menggalak individu, masyarakat, dan institusi untuk mengambil hak kepemilikan yang lebih besar, memikirkan idea baru, dan memainkan peranan yang lebih besar dalam melindungi dan mempromosikan, mendokumentasikan dan berkongsi warisan bersama kita," ujarnya lagi.



Encik Wan Hussin, atau lebih mesra dipanggil Pak Wan, yang juga merupakan mantan setiausaha parlimen, pula berkata bagi masyarakat Melayu di sini, buku itu menjadi kenangan yang tidak dapat dilupakan mengenai pendidikan masyarakat Melayu sejak zaman penjajahan hingga penutupannya.



"Bagi negara ini, buku ini merupakan sumbangan yang bermakna dalam sejarah sistem pendidikan pelbagai bahasa yang wujud di Singapura dari tahun 60-an hingga 90-an," ujar Pak Wan.



Laporan lanjut: Buku singkap sekolah Sang Nila Utama & Tun Seri Lanang temui pembaca




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >