Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Iktiraf usaha bekas pesalah untuk berubah

Nov 04, 2017 | 06:50 PM



SI bapa telah menjalani pemulihan di Pusat Pemulihan Dadah (DRC) selama 30 tahun, sementara anak lelakinya pula sekitar tiga tahun.



Mujur keinginan Encik Azhar untuk mengubah dirinya telah memberi inspirasi kepada bapanya, Encik Mohamad untuk melakukan perkara yang sama.



Usaha mereka untuk bebas daripada dadah dan jenayah dan kejayaan mereka berintegrasi semula dengan masyarakat mendapat pengiktirafan.



Kededua beranak itu – yang enggan memberikan nama penuh mereka – merupakan antara 197 bekas pesalah yang telah diberi pengiktarafan di Majlis Anugerah Menyambut Peluang Kedua (C2C) Reben Kuning Keenam anjuran CARE Network hari ini.



Encik Mohamad, 67 tahun menerima Anugerah Pencapaian Merit (MAA) Perak sementara Encik Azhar, 44 tahun pula menerima Anugerah Pencapaian Cemerlang (OAA).



Anugerah tersebut disampaikan oleh Setiausaha Parlimen (Ehwal Dalam Negeri merangkap Kesihatan), Encik Amrin Amin, yang hadir selaku tetamu terhormat di acara yang berlangsung di Pusat Konvensyen dan Pameran Singapura Suntec.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >