Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ikut jejak ayah jadi pakar bedah

Mar 26, 2019 | 05:30 AM



KE mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.



Terdorong mengikut jejak langkah bapanya yang merupakan seorang pakar bedah ortopedik, Dr Zameer Abdul Aziz, membuat keputusan menceburi bidang perubatan.



Malah, anak kedua dari tiga beradik itu bukan sahaja mahu menjadi doktor biasa.



Seperti bapanya, beliau mahu menjadi pakar bedah meskipun dalam pengkhususan berbeza.



Bapanya ialah Profesor Madya Aziz Nather, 70 tahun, pakar ortopedik di Sekolah Perubatan Yong Loo Lin, Universiti Nasional Singapura (NUS). Ibunya, Cik Suraiya Abdul Rahman, 63 tahun pula pesara guru.



Dr Zameer, 35 tahun, kini merupakan Residen Kanan Tahun Keenam dalam Program Pembedahan Kardiotoraks Singhealth dan bertugas di Pusat Jantung Nasional Singapura (NHCS).



Setelah tamat program residensinya, beliau, yang kini pakar bedah dalam latihan akan menjadi pakar bedah jantung.



Berkongsi perjalanan beliau dalam bidang perubatan, bekas pelajar Raffles Institution (RI) dan Maktab Rendah Victoria (VJC) itu berkata minatnya dalam Sains sudah terpupuk pada usia yang muda lagi.



"Saya memang minat Biologi. Kesihatan pula suatu yang penting dan membantu orang lain memberi saya kepuasan, jadi saya fikir bidang ini memang cukup sesuai," ujar beliau yang mendapat pendidikan perubatan daripada Universiti Dundee di Scotland.



Beliau telah bekerja di Scotland selama setahun setelah mendapat ijazah kedoktorannya sebelum pulang ke tanah air pada 2011.



Namun, sifat suka membantu sahaja tidak mencukupi untuk menjadi seorang doktor, dan Dr Zameer cukup peka tentang itu.



Bidang perubatan "amat mencabar, memerlukan pengetahuan yang mendalam serta dedikasi" tetapi ia juga "kerjaya yang sangat bermakna", katanya.



Menyentuh tentang keputusannya memilih pengkhususan pembedahan jantung, Dr Zameer berkata:



"Saya terpikat dengannya. Pada saya ia suatu penghormatan dapat bekerja dengan para pesakit dan mendapat kepercayaan mereka.



"Pembedahan jantung sangat mencabar dari segi teknikal dan ia merupakan bidang yang sengit, tetapi bila saya dapat lihat perbezaan dalam diri pesakit apabila mereka datang dan setelah mereka sembuh, ia cukup memberi kesan."



Dr Zameer akur tugas sebagai seorang doktor kadangkala cukup mencabar dan memenatkan.



Pun begitu, ia bukan sesuatu yang tidak dijangkakan beliau, yang tahu dari hari pertama beliau memilih kerjaya tersebut bahawa "ia bidang yang memerlukan komitmen dan masa".



Masa tugas yang tidak menentu juga merupakan lumrah baginya kerana semuanya tergantung kepada kerumitan kes yang diberikan.



Seawal 7 pagi lagi beliau sudah melawat pesakit-pesakitnya di wad dan Unit Jagaan Rapi (ICU).



Setelah itu, sebahagian besar harinya akan diluangkan di bilik pembedahan.



Namun, lebih dari cabaran fizikal dan mental yang perlu diatasi hampir setiap hari, sebagai manusia biasa, kadang sukar untuk tidak terjejas secara emosi lebih-lebih lagi jika perlu berhadapan dengan ahli keluarga pesakit yang berada dalam keadaan sedih atau terkejut.



"Meski lepas bertahun-tahun lamanya melakukan tugas ini, memang dusta kalau kita cakap kita tidak terjejas. Ia cukup mencabar.



"Tapi kita harus mengekalkan profesionalisme, letak tepi emosi kita sendiri, berbual dengan mereka dengan penuh keihsanan dan secara tenang.



"Mereka didahulukan, keperluan mereka didahulukan...pada akhir harinya, kami harus pastikan bahawa pesakit menerima jagaan terbaik yang boleh kami berikan," kata beliau dengan tenang.



Tugasnya bukan mudah, tetapi semangat yang ada dalam dirinya jelas masih berkobar-kobar.



"Bila saya lihat pesakit yang saya rawat sembuh dengan baik, merekalah yang memberi motivasi kepada saya. Merekalah bukti bahawa kita boleh melakukan sesuatu untuk mereka.



"Melihat kualiti kehidupan mereka meningkat dengan gaya hidup lebih sihat serta sikap positif yang ditunjukkan, itu cukup memuaskan bagi saya," ujar Dr Zameer, penuh semangat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >