Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: SEMANGAT WATAN

Ikut jejak bapa jadi anggota elit penyelamat bencana SCDF

Jaya lulus ujian sertai Kursus Spesialis Pasukan Bantuan dan Menyelamat Bencana (Dart) tanpa pengetahuan bapa
Jan 03, 2023 | 05:30 AM



APABILA Sarjan Tiga Shafiq Jaais membuat keputusan mengikut jejak ayahnya menjadi anggota Pasukan Bantuan dan Menyelamat Bencana (Dart) dua bulan lalu, beliau langsung tidak memberitahu veteran berpengalaman 30 tahun itu.



Hanya beberapa hari selepas beliau lulus ujian kelayakan mencabar bagi menyertai kursus spesialis kumpulan paling elit Pasukan Pertahanan Awam (SCDF) itu, ayahnya, Encik Jaais Sol, nampak nama anak bongsunya itu dalam senarai pendaftaran.



Mereka dipercayai merupakan pasangan bapa dan anak anggota pasukan Dart pertama dalam SCDF.



Sarjan Shafiq merupakan antara hanya lima lulusan kursus yang berlangsung selama lapan minggu itu baru-baru ini.



Menurut SCDF, seramai 33 pegawai telah melalui proses prapemilihan tetapi hanya 10 pegawai lulus ujian pemilihan bagi menyertai Kursus Spesialis Dart edisi ke-27 itu.



Daripada jumlah itu, separuh tersingkir.



"Saya bangga dapat melihat anak saya berada di sini dan akhirnya dirasmikan sebagai pegawai Dart," kata Encik Jaais, 57 tahun, yang menyertai SCDF sejak 1989 dan kini merupakan pegawai sokongan perkhidmatan Dart.



"Saya telah berjaya meneruskan legasi generasi demi generasi ahli bomba dalam keluarga saya."



Menurut beliau, ayahnya juga anggota bomba dahulu.



Namun, Encik Jaais menambah, beliau tidak sering memberi nasihat kepada anaknya sepanjang kursus yang mencabar daya bertahan minda dan fizikal itu.



"Saya hanya bilang anak saya supaya terus bersikap rendah hati," katanya.



Menurut Encik Jaais, yang pernah dikerah ke luar negara bagi mengendali bencana seperti gempa di Nias, Indonesia, dan juga kerja menyelamat dalam tragedi Nicoll Highway roboh pada 2004, sikap rendah hati sangat penting sebagai anggota Dart.



"Apa yang akan mendorong anda menyelesaikan kursus itu hingga ke garisan terakhir adalah kesedaran bahawa anda melakukannya bukan kerana diri sendiri tetapi rakan sekursus yang bergantung pada anda.



"Dan, (tanggungjawab) itu tidak berhenti meskipun di luar kursus. Anggota Dart memang terkenal kerana mengendalikan pelbagai kes rumit di luar batasan dan keupayaan ahli bomba biasa," tambah Encik Jaais.



Semasa majlis



meraikan lulusan kursus itu di Dewan Pegawai Akademi Pertahanan Awam (CDA), Sarjan Shafiq berkata beliau membuat keputusan menyertai Dart kerana ingin mengikuti jejak ayah dan juga datuknya.



"Saya juga percaya kerja sebagai penyelamat adalah satu pekerjaan mulia yang membenarkan saya menyumbang kepada masyarakat," kata Sarjan Shafiq.



Sepanjang kursus lapan minggu, pelatih Dart antara lain dilatih mengendalikan kejadian seperti bencana alam, kemalangan rumit seperti terowong runtuh, usaha menyelamat di sekitaran air seperti dalam kapal, di bawah tanah, di tempat tinggi dan sebagainya.



Setelah lulus, peserta akan dianugerahkan



beret bertanda merah serta 'tab istimewa' di bawah bahu kiri uniform biru gelap mereka.



Selepas menjalani kursus, barulah pasukan itu akan dikerah bagi misi-misi menyelamat yang rumit.



Menurut Sarjan Shafiq, sepanjang kursus itu, terdapat pelbagai insiden yang beliau rasakan menguji dirinya sepenuhnya.



Beliau juga melihat satu demi satu teman sekursusnya yang lain 'membunyikan loceng' sebagai tanda mereka telah mencapai had keupayaan masing-masing dan ingin keluar daripada kursus itu.



"Namun setiap hari ada cabaran baru dan setiap hari kami perlu melakukan yang terbaik untuk diri dan teman-teman kami.



"Ia memang sangat mencabar tetapi saya yakin, jika teman-teman saya boleh melaluinya, saya pun percaya saya boleh berbuat demikian.



"Prinsip itu saya tanamkan dalam diri saya meskipun berada pada tahap paling letih sekali," tambah Sarjan Shafiq, yang sudah berumah tangga.




"Namun setiap hari ada cabaran baru dan setiap hari kami perlu melakukan yang terbaik untuk diri dan teman-teman kami.



Ia memang sangat mencabar tetapi saya yakin, jika teman-teman saya boleh melaluinya, saya pun percaya saya boleh berbuat demikian.



Prinsip itu saya tanamkan dalam diri saya meskipun berada pada tahap paling letih sekali....



Saya juga percaya kerja sebagai penyelamat adalah satu pekerjaan mulia yang membenarkan saya menyumbang kepada masyarakat"



- Sarjan Tiga Shafiq Jaais, yang baru lulus Kursus Spesialis Pasukan Bantuan dan Menyelamat Bencana (Dart).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >